Loading...

Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas !

Loading...
Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas !
link : Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas !

Baca juga


Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas !

 

PASIR MAS - Seorang penghidap HIV didakwa di Mahkamah Sesyen dekat sini, hari ini, terhadap pertuduhan merogol remaja di bawah umur yang dipercayai kekasihnya, Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol remaja 15 tahun tujuh bulan ketika kejadian dengan mengetahui bahawa dirinya menghidap penyakit HIV dalam sebuah kereta Perodua Kembara di Jalan Kampung Laut 1, dekat Tumpat, pada waktu malam sekitar Mac 2021.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (i) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Dalam prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar itu, pihak pendakwa raya tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh menganggu mangsa yang kini sedang hamil lima bulan.

Namun tertuduh yang diwakili peguam bela, Mohd Khuzaimi Mohd Salleh memohon tertuduh diberi ikat jamin.

Bagaimanapun, Badrul Munir membenarkan tertuduh dijamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain tidak dibenarkan mangsa diganggu.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 17 November depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen laporan perubatan. #sumber



Demikianlah Artikel Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas !

Sekianlah artikel Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/pesakit-hiv-di-dakwa-rogol-kekasih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pesakit HIV Di Dakwa "Rogol" Kekasih Bawah Umur Hingga Hamil Lima Bulan Di Pasir Mas !"

Catat Ulasan

Loading...