Loading...

PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong

Loading...
PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong
link : PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong

Baca juga


PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong

 

IPOH - Parti Keadilan Nasional (PKR) Perak menganggap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin biadab apabila menyatakan "sedikit kecewa" dengan cara Yang di-Pertuan Agong menegur kerajaan dalam isu pembatalan ordinan darurat.

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak juga menganggap ahli parlimen Ampang itu angkuh kerana mengharapkan Agong menghubungi Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan umum.

Kata Farhash tindakan Zuraida juga bertindak memperlekehkan kebijaksanaan Agong di dalam titah berkenaan apabila baginda bertegas mahu ordinan darurat dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat serta Dewan Negara bagi memenuhi Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Beliau wajar dilaporkan kepada polis dan disiasat untuk mengetahui sama ada sudah melangkaui batas atau tidak dalam kenyataan tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu Zuraidah menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan ordinan darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak "tidak wajar" (not proper).

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong - yang perlu menurut nasihat kabinet dalam kebanyakan perkara - boleh mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.

"Saya sedikit kecewa. Apa saja yang mereka tidak jelas, mereka seharusnya menghubungi Pejabat Perdana Menteri.

"(Lebih-lebih lagi) Perdana Menteri (menghadap Agong) sekali seminggu sebelum mesyuarat kabinet," katanya.

Zuraida yang juga bekas naib presiden PKR sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu berkata demikian dalam rancangan bual bicara bahasa Inggeris, Consider This di Astro Awani malam tadi.

Menjawab soalan pengacara berkenaan pembatalan ordinan darurat, Zuraida berkata sebagai anggota dalam kabinet, dia yakin ia dibuat dengan proses yang betul.

"Keangkuhan Zuraida bahawa Agong perlu mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah adalah biadab dan tidak jauh dari satu bentuk penderhakaan," kata Farhash.  #sumber



Demikianlah Artikel PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong

Sekianlah artikel PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/pkr-perak-mahu-zuraida-kamaruddin-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKR Perak Mahu "Zuraida Kamaruddin" Di Beri Hukuman, Kerana 'Angkuh, Biadab' Pada Agong"

Catat Ulasan

Loading...