Loading...

PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara

Loading...
PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara
link : PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara

Baca juga


PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara

 

KUALA LUMPUR - Setelah tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional semalam, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris mengingatkan ahli partinya agar jangan biarkan gabungan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih semula kerajaan.

Sebaliknya, dia berkata parti itu perlu bertegas terhadap semua ahli parlimennya berhubung pendirian Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini, iaitu menolak kerjasama dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Saya menyeru agar seluruh ahli parlimen Umno bersepakat memilih calon perdana menteri yang dapat membawa Malaysia keluar dari krisis Covid-19, berkredibiliti, diterima rakyat, berkebolehan memimpin negara, mempunyai hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin luar negara dengan tujuan dapat memulihkan ekonomi negara, sekaligus menyelesaikan kemelut ekonomi rakyat.

“Calon tersebut juga haruslah berkeupayaan untuk menyatukan kembali perselisihan dan mengangkat imej parti.

“Jangan biarkan kerajaan PH kembali mentadbir negara kerana kita tidak mahu episod ngeri 22 bulan berulang kembali kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.

Ahli-ahli Parlimen mempunyai masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakan akuan secara bertulis.

Wan Muhammad Azri turut menyeru supaya semua pemimpin UMNO yang sedang berhadapan di mahkamah dapat dibicarakan dan dihakimi dengan adil tanpa campur tangan politik.

“Persepsi rakyat waktu ini juga melihat dan tertanya, adakah pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah akan digugurkan kesnya selepas ini?

“Saya juga termasuk dalam kluster mahkamah kerana ada kes yang dituduh sewaktu PH merupakan kerajaan,” katanya.  #sumber



Demikianlah Artikel PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara

Sekianlah artikel PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/pn-dah-tumbang-sir-azri-ingatkan-ahli.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PN Dah Tumbang, Sir Azri Ingatkan Ahli UMNO, Jangan Biarkan PH Kembali Mentadbir Negara"

Catat Ulasan

Loading...