Loading...

Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi

Loading...
Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi
link : Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi

Baca juga


Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi

 

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil semua Ahli Parlimen (MP) dan individu yang terbabit dalam perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka, pagi tadi.

Semua mereka akan dirakam percakapan sebelum polis melengkapkan kertas siasatan yang akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata pihaknya sudah menerima dua laporan di sekitar Kuala Lumpur, berhubung perhimpunan berkenaan.

"Pada mulanya kita sendiri mendapat maklumat mengenai perancangan beberapa individu yang ingin menganjurkan perhimpunan di bangunan Parlimen, sebelum polis mendapat maklum balas daripada Parlimen bahawa tiada sebarang perhimpunan akan diadakan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
"Susulan itu Polis Kuala Lumpur kemudian membuat persediaan menutup sebahagian jalan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur terutama menuju ke bangunan Parlimen," katanya dalam sidang media, petang ini.

Seramai 500 pegawai dan anggota polis terbabit dalam penugasan mengawal pergerakan individu terbabit yang merancang berhimpun di laluan ke bangunan Parlimen sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

"Susulan itu kita sedang menyiasat semua individu yang terbabit dengan memanggil mereka bagi membantu siasatan.

"Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Pemberitahuan Perhimpunan); Seksyen 12 A, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988; Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, 2021 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 peraturan sama iaitu (Kawalan Berhimpun).

Seramai 107 MP pembangkang termasuk Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dikatakan berhimpun di Dataran Merdeka pagi tadi selepas gagal masuk Parlimen. #sumber



Demikianlah Artikel Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi

Sekianlah artikel Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/polis-akan-panggil-ahli-parlimen-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Dan Individu Terlibat Himpunan Dataran Merdeka Pagi Tadi"

Catat Ulasan

Loading...