Judul : "Sajjad" Di Sangka Mati Akibat Kemalangan Kapal Terbang, Kembali Selepas 45 Tahun !
link : "Sajjad" Di Sangka Mati Akibat Kemalangan Kapal Terbang, Kembali Selepas 45 Tahun !
"Sajjad" Di Sangka Mati Akibat Kemalangan Kapal Terbang, Kembali Selepas 45 Tahun !
NEW DELHI - Seorang lelaki yang disangka maut dalam satu nahas kapal terbang, kembali semula ke pangkuan keluarga 45 tahun kemudian.
Sajjad Thangal, 70, disangka terkorban oleh ahli keluarganya selepas pesawat Indian Airlines yang dinaikinya terhempas pada 1976.
Dia pulang semula ke pangkuan ibunya yang berusia 91 tahun baru-baru ini, lapor Hindustan Times.
Kepulangan lelaki itu disambut ahli keluarga, penduduk kampung, rakan dan pemimpin setempat.
Nahas tragis itu mengorbankan 95 nyawa termasuk aktres terkenal India, Rani Chandra.
Sajjad berusia 25 tahun ketika kejadian bekerja dengan Rani untuk menguruskan program kebudayaan di sekitar negara Teluk.
Pemimpin sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Mumbai, K M Philip berkata, sebelum kejadian Sajjad bercadang untuk menaiki pesawat berkenaan dari Abu Dhabi pada 12 Oktober 1976.
"Namun disebabkan beberapa pertukaran saat akhir, dia mengubah rancangan dan terselamat daripada menjadi mangsa nahas itu," katanya.
Philip berkata, kejadian itu memberi kesan mendalam kepada Sajjad selepas dia kehilangan ramai rakan rapat dan rakan perniagaan.
Lelaki itu dikatakan mengalami masalah mental yang serius sehingga memaksa dia mendapatkan rawatan.
"Pada waktu itu, insurans bukanlah sesuatu yang popular dan saya kehilangan banyak wang kerana ramai menganggap saya sudah mati," katanya.
Katanya, selepas kejadian berkenaan, dia menetap di Mumbai namun dia dibawa mendapatkan rawatan di rumah kebajikan kerana trauma dialaminya.
Philip memaklumkan, Sajjad mengalami trauma serius apabila sukar menceritakan kejadian kepada kaunselor di rumah kebajikan berkenaan. #sumber
Demikianlah Artikel "Sajjad" Di Sangka Mati Akibat Kemalangan Kapal Terbang, Kembali Selepas 45 Tahun !
Anda sekarang membaca artikel "Sajjad" Di Sangka Mati Akibat Kemalangan Kapal Terbang, Kembali Selepas 45 Tahun ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/sajjad-di-sangka-mati-akibat-kemalangan.html

0 Response to ""Sajjad" Di Sangka Mati Akibat Kemalangan Kapal Terbang, Kembali Selepas 45 Tahun !"
Catat Ulasan