Judul : Sebanyak 14 Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan PKPD Bermula Isnin Hingga 23 Ogos
link : Sebanyak 14 Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan PKPD Bermula Isnin Hingga 23 Ogos
Sebanyak 14 Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan PKPD Bermula Isnin Hingga 23 Ogos
KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 lokaliti iaitu sembilan di Sabah dan empat di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula Isnin ini.
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ketetapan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 semasa.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPD di lokaliti terbabit adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan boleh diakses menerusi laman web www.mkn.gov.my
"Di Sabah, empat lokaliti PKPD di Tawau membabitkan Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya, Flat Sri Semarak dan Taman Sejati manakala dua lokaliti di Penampang pula Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu.
"Lokaliti lain di Sabah yang akan dikenakan PKPD adalah di Kampung Marau, Sipitang; Kampung Baru Kimanis, Papar dan Kampung Tanjong Kapor, Kudat.
"Di Pahang pula, PKPD akan dilaksanakan di dua lokaliti di Maran iaitu di FELDA Jengka 18 dan Kampung Paya Besar Kertau; Kampung Orang Asli Sungai Bot dekat Karak di Bentong; FELDA Sungai Panching Selatan, Kuantan dan satu lagi di Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Rompin," katanya dalam satu kenyataan hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Sebanyak 14 Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan PKPD Bermula Isnin Hingga 23 Ogos
Anda sekarang membaca artikel Sebanyak 14 Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan PKPD Bermula Isnin Hingga 23 Ogos dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/sebanyak-14-lokaliti-di-sabah-dan.html
0 Response to "Sebanyak 14 Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan PKPD Bermula Isnin Hingga 23 Ogos"
Catat Ulasan