Loading...

Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong

Loading...
Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong
link : Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong

Baca juga


Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong

 

KUALA LUMPUR - Semua ketua parti yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bersepakat menghentikan politik lama dan “menggagas suatu bentuk politik baharu” ketika negara menghadapi Covid-19, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditemui pemberita di Istana Negara selepas pertemuan dengan Agong dan Sultan Perak yang merupakan timbalan baginda, Anwar berkata Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua ketua parti politik bahawa negara dalam krisis kesihatan, politik dan ekonomi, serta mahu semua pihak bermuafakat menanganinya.

“Maknanya yang menang jangan jadi seperti yang pernah berlaku – memakan orang yang kalah,” katanya kepada pemberita.

Ketua pembangkang itu berkata ketua-ketua parti yang hadir memberikan pandangan masing-masing pada pertemuan itu.

“Semua nampak ada konsensus hentikan politik lama dengan cara hukum dan harus jurus semula ke arah membangun,” katanya.

Anwar berkata isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu bukan sahaja mengenai pelantikan Perdana Menteri baharu, tetapi menggagas bentuk politik baharu “yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat”.

Terdahulu, Anwar bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menghadap Agong serta Sultan Nazrin Shah selama dua jam.

Pertemuan hari ini menyusul peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas menerajui negara hanya 17 bulan.

Muhyiddin kini ialah Perdana Menteri “caretaker” sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. #sumber



Demikianlah Artikel Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong

Sekianlah artikel Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/semua-parti-konsensus-hentikan-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Semua Parti Konsensus Hentikan Politik Lama, Bentuk Politik Baharu Selepas Bertemu Agong"

Catat Ulasan

Loading...