Judul : SOP Covid-19: Tular 'Mesej Palsu', Aktivis Gesa Datuk Bandar MBK Buat Kenyataan Rasmi Dan Laporan Polis Demi Menjaga Imej PBT Terbabit
link : SOP Covid-19: Tular 'Mesej Palsu', Aktivis Gesa Datuk Bandar MBK Buat Kenyataan Rasmi Dan Laporan Polis Demi Menjaga Imej PBT Terbabit
SOP Covid-19: Tular 'Mesej Palsu', Aktivis Gesa Datuk Bandar MBK Buat Kenyataan Rasmi Dan Laporan Polis Demi Menjaga Imej PBT Terbabit
KUANTAN - Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) diminta membuat laporan polis terhadap isu penyebaran mesej makluman palsu berkaitan larangan beriadah dan bersukan di taman awam seperti yang tular pada Sabtu. Ia bagi membuktikan, mereka benar-benar mahu menjaga imej Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit.
Kenyataan dibuat oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli di facebook beliau hari ini. (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1692017037855976&id=100011430885060)
Terdahulu, orang ramai di sekitar bandaraya ini kecoh dan keliru apabila ada dua SOP berbeza terhadap perkara itu. Berdasarkan kepada SOP terbaharu Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa-2 yang dikemaskini pada 25 Ogos lalu.
Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal
sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor)
termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam tertakluk kepada
arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
Malah, aktiviti tersebut adalah seperti
joging, senaman, renang, kayak (solo), taichi, berbasikal, skateboarding, memancing,
ekuestrian, memanah, mendaki, tenis/ badminton (single), golf, permotoran dan
seumpamanya kata kenyataan Shukri.
Justeru dakwanya, penyebaran mesej palsu itu jelah mengelirukan orang ramai, terutama yang sudah lengkap dua dos untuk membawa keluarga beriadah di taman awam dan pantai sekitar Kuantan.
"MBK kata palsu, tapi kenapa operasi dibuat hingga kelirukan warga Kuantan?. Siap lokasi taman awam (Taman Esplanade depan HTAA) ada "Barrier Blockade" lagi. Malah jelas dilihat penguatkuasa MBK buat pengumuman amaran kepada orang ramai akan diambil tindakan sbb langgar SOP PKP 3.0.
"Jika MBK dakwa mesej yang tersebar itu palsu, kenapa penguatkuasa buat operasi dilokasi yang berkenaan? Malah, dalam mesej siap ada nombor untuk dihubungi PERTEL Penguatkuasa MBK (( 0129505742 )), pada mesej siap CC kepada IPD Kuantan lagi," kata Shukri lagi.
"Mana mungkin orang awam buat mesej palsu kemudian siap letak nombor hotline dan CC ke pihak polis. Nak cari penyakit? Apa yang pelik, kenapa pihak polis pun tak tahu menahu SOP ini, hingga Ketua Polis Daerah Kuantan sendiri terpaksa merujuk kepada Datuk Bandar MBK tentang perkara ini sebelum keluarkan kenyataan rasminya," tambah beliau lagi.
Dalam pada itu, Shukri turut mengucapkan syabas kepada Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusoff Ali yang lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan rasmi PDRM.
(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4676648799035749&id=375233245844014)
Menurut Shukri lagi selepas isu viral tiba-tiba tertera perkataan palsu itu ditulis atas memo mesej berkenaan yang dipaparkan pada page facebook rasmi MBK semalam.
(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4436336089776895&id=1293448510732351
"Jika palsu, MBK wajar buat laporan polis untuk siasat siapakah yang viralkan nesej itu hingga jadi kegelisahan kepada warga Kuantan. Sebab ini isu serius, ia tak cukup dengan admin hanya tulis palsu di page facenook sahaja.
"Datuk Bandar haruslah tampil segera membuat kenyataan rasmi atas isu ini. Sama ada mahu mohon maaf atas mesej yang tersalah sebar, atau umum akan laporkan kepada pihak polis kerana ada pihak yang nak rosakkan imej MBK.
"OCPD Kuantan boleh buat kenytaan rasmi siap ditandatangani lagi, mana mungkin admin FB saja keluar perkataan PALSU, sedangkan rakyat sudah dikelirukan dengan maklumat ini sejak ia diviralkan.
"Maka, MBK wajar buat laporan polis kepada mana2 pihak yang membuat kenyataan palsu itu agar diambil tindakan oleh pihak polis dan didakwa ke muka pengadilan. Sebar berita palsu adalah salah disisi undang2 di negara ini.," kata kenyataan beliau lagi.
Kenyataan yang dibuat itu mendapat berbagai komen dari kalangan netizen yang juga kecewa dengan apa yang terjadi. Sepatutnya PBT perlu rujuk kepada Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum membuat sesuatu tindakan yang boleh mengelirukan orang awam. Ini bukanlah kes pertama berlaku di Kuantan, sebelum ini sudah banyak SOP yang bercanggah antara MKN dan MBK sebenarnya.
Moga selepas ini ada penyelarasan dapat dibuat agar rakyat tidak keliru dengan SOP yang berbeza dan sering berubah-ubah. #PDO
Demikianlah Artikel SOP Covid-19: Tular 'Mesej Palsu', Aktivis Gesa Datuk Bandar MBK Buat Kenyataan Rasmi Dan Laporan Polis Demi Menjaga Imej PBT Terbabit
Anda sekarang membaca artikel SOP Covid-19: Tular 'Mesej Palsu', Aktivis Gesa Datuk Bandar MBK Buat Kenyataan Rasmi Dan Laporan Polis Demi Menjaga Imej PBT Terbabit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/sop-covid-19-tular-mesej-palsu-aktivis.html




0 Response to "SOP Covid-19: Tular 'Mesej Palsu', Aktivis Gesa Datuk Bandar MBK Buat Kenyataan Rasmi Dan Laporan Polis Demi Menjaga Imej PBT Terbabit"
Catat Ulasan