Judul : Spekulasi Ismail Sabri 'Bakal' Perdana Menteri Baharu, Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar
link : Spekulasi Ismail Sabri 'Bakal' Perdana Menteri Baharu, Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar
Spekulasi Ismail Sabri 'Bakal' Perdana Menteri Baharu, Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar
PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai “andaian” pintu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri sudah tertutup berikutan spekulasi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen untuk diberi mandat membentuk kerajaan baharu.
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya hanya akan mengulas perkembangan terkini krisis politik susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu selepas Istana Negara membuat kenyataan rasmi mengenai pengganti Ahli Parlimen Pagoh itu.
“Kami mengambil pendirian hanya akan mengulas setelah keluar kenyataan rasmi daripada Istana bagi menghormati proses sedang dijalankan Yang di-Pertuan Agong,” katanya. .
Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid, enggan memberikan sebarang kenyataan kerana diarahkan “tuan gurunya” (Anwar) supaya “mengunci mulut” untuk tempoh 48 jam.
“Nanti saya salah cakap, ‘tok guru’ saya marah. Okaylah saya hendak masuk gua balik ini. Jumpa lagi 48 jam nanti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kapar, tanpa mengulas lanjut.
Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan Perikatan Nasional (PN) memberi sokongan padu kepada Ismail untuk menjadi “calon Perdana Menteri kerajaan PN yang baharu.”
Sokongan itu berserta dengan sokongan Ahli Parlimen BN dilaporkan mencukupi untuk Ismail memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.
Sultan Abdullah dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mesyuarat khas Majlis Raja-raja esok. #sumber
Demikianlah Artikel Spekulasi Ismail Sabri 'Bakal' Perdana Menteri Baharu, Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar
Anda sekarang membaca artikel Spekulasi Ismail Sabri 'Bakal' Perdana Menteri Baharu, Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/spekulasi-ismail-sabri-bakal-perdana.html
0 Response to "Spekulasi Ismail Sabri 'Bakal' Perdana Menteri Baharu, Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar"
Catat Ulasan