Judul : Sungai Galing Sepanjang 22.7 Kilometer Bakal Di Pulih Dan Naik Taraf Seperti Sungai Melaka
link : Sungai Galing Sepanjang 22.7 Kilometer Bakal Di Pulih Dan Naik Taraf Seperti Sungai Melaka
Sungai Galing Sepanjang 22.7 Kilometer Bakal Di Pulih Dan Naik Taraf Seperti Sungai Melaka
KUANTAN - Jabatan Pengairan Saliran (JPS) telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM30 juta kepada kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek pemulihan Sungai Galing dan menaiktaraf kawasan rekreasi di sekitarnya.
Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, permohonan peruntukan itu dijangka mampu memulihkan infrastruktur di kawasan sekitar sungai terbabit.
Menurut beliau, peruntukan itu bukan sahaja digunakan untuk menaiktaraf kawasan berhampiran Sungai Galing, sebaliknya turut melaksanakan kerja-kerja mendalamkan semula sungai sepanjang 22.7 kilometer.
"Mengambil contoh Sungai Melaka itu, kita berharap mampu memulihkan Sungai Galing menjadi satu kawasan rekreasi kepada masyarakat di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Pemulihan Sungai Galing balingan Em mudball di Sungai Galing pada Ahad.
Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda.
Sebelum itu, Hamdan memaklumkan punca pencemaran Sungai Galing disebabkan sistem kumbahan lama dari kawasan perumahan, premis perniagaan dan industri di sekitar kawasan terbabit. #sumber
Demikianlah Artikel Sungai Galing Sepanjang 22.7 Kilometer Bakal Di Pulih Dan Naik Taraf Seperti Sungai Melaka
Anda sekarang membaca artikel Sungai Galing Sepanjang 22.7 Kilometer Bakal Di Pulih Dan Naik Taraf Seperti Sungai Melaka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/sungai-galing-sepanjang-227-kilometer.html
0 Response to "Sungai Galing Sepanjang 22.7 Kilometer Bakal Di Pulih Dan Naik Taraf Seperti Sungai Melaka"
Catat Ulasan