Judul : Syarikat Pengeluar Produk "Ali Pacak", Mohon Maaf Guna Gambar YB Rara Tanpa Kebenaran
link : Syarikat Pengeluar Produk "Ali Pacak", Mohon Maaf Guna Gambar YB Rara Tanpa Kebenaran
Syarikat Pengeluar Produk "Ali Pacak", Mohon Maaf Guna Gambar YB Rara Tanpa Kebenaran
KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar produk Ali Pacak - 99% Estrak, Ultrawealth Marketing Sdn Bhd hari ini memohon maaf atas kesilapan menggunakan gambar Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman (YB Rara) untuk promosi iklan mereka di media sosial.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluatkam oleh wakil syarikat terbabit hari ini, satu memorandum telah dimuat naik di page rasmi syarikat terbabit. https://www.facebook.com/102132562146987/posts/122450220115221/
"Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, sebagai wakil kepada syarikat Ultrawealth Marketing Sdn Bhd. Saya dengan rendah diri mengemukakan memorandum rasmi sebagai ucap maaf kepada YB Young Syefura Othman atas kekhilafan dan kesilapan yang berlaku terhadap beliau," kata kenyataan itu.
Terdahulu, semalam wakil rakyat tetbabit mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menggumakan gambarnya tanpa kebenaran untuk tujuan promosi "ubat kuat".
Sementara itu, pada satu kenyataan terbaharunya hari ini ADUN terbabit berharap agar perkara ini dapat menjadi pengajaran dan iktibar kepada pihak yang terbabit agar tidak sesekali melakukan kesalahan tidak beretika sebegitu lagi.
"Saya juga ingin tegaskan di sini sekali lagi saya tidak akan bertolak ansur kepada sesiapa yang menggunakan gambar saya tanpa kebenaran saya untuk apa jua posting di media sosial dan di media massa. Ini adalah amaran terakhir dari pihak saya," dakwa beliau pada posting terbaharu di laman facebooknya hari ini. #pdo
Demikianlah Artikel Syarikat Pengeluar Produk "Ali Pacak", Mohon Maaf Guna Gambar YB Rara Tanpa Kebenaran
Anda sekarang membaca artikel Syarikat Pengeluar Produk "Ali Pacak", Mohon Maaf Guna Gambar YB Rara Tanpa Kebenaran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/syarikat-pengeluar-produk-ali-pacak.html
0 Response to "Syarikat Pengeluar Produk "Ali Pacak", Mohon Maaf Guna Gambar YB Rara Tanpa Kebenaran"
Catat Ulasan