Loading...

Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen?

Loading...
Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen?
link : Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen?

Baca juga


Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen?

 

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindak-tanduk pemimpin pembangkang yang tidak henti-henti mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan pada saat negara berdepan dengan kemuncak krisis pandemik Covid-19.

Jelas beliau, desakan pemimpin pembangkang termasuk segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah menunjukkan mereka bimbang dengan kemungkinan usul undi percaya kepada Muhyiddin yang akan diadakan pada sidang Parlimen bulan September hadapan, bakal memihak kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, kelompok yang mahu melihat kerajaan PN jatuh harus bersabar dan memberi ruang terlebih dahulu kepada kerajaan menfokuskan usaha membantu rakyat pada saat krisis Covid-19, termasuk mempercepatkan proses vaksinasi.

"Pandangan saya, adakah mereka bimbang usul undi percaya Perdana Menteri bakal 'lulus' pada sidang Parlimen bulan hadapan (September)?.

"Takkan lari gunung dikejar, mereka kena bersabar sehingga persidangan Dewan Rakyat berlangsung untuk jatuhkan kerajaan PN...Mengapa mereka tidak mengambil peluang ini untuk bersiap sedia dari semua sudut termasuk menentukan siapa calon Perdana Menteri baharu kelak?

"Saya difahamkan ada pemimpin yang calonkan diri sendiri sebagai Perdana Menteri...Tak usah bimbang sangat, tunggu sahajalah usul undi percaya pada bulan September kalau betul kerajaan PN sudah tiada majoriti," katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas spekulasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan bakal meletak jawatan dan memohon cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Desas-desus itu semakin bertiup kencang susulan Muhyiddin dan kerajaan PN dikatakan sudah hilang majoriti sokongan ahli-ahli Parlimen apabila UMNO memutuskan pendirian menarik sokongan terhadap Perdana Menteri itu berkuatkuasa 3 Ogos lalu. #sumber



Demikianlah Artikel Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen?

Sekianlah artikel Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/tak-berhenti-henti-desak-muhyiddin-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak Berhenti-Henti Desak Muhyiddin, PAS Tanya Pembangkang Takut Kalah Usul Di Parlimen?"

Catat Ulasan

Loading...