Loading...

Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru !

Loading...
Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru !
link : Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru !

Baca juga


Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru !

 

KUALA LUMPUR  - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah memilih Datuk Zamri Yaakob sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) yang baru berkuat kuasa 13 September 2021.

Zamri adalah abang sulung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Walau bagaimanapun, sumber yang mengetahui pemilihan tersebut berkata laporan berita yang mendakwa terdapat penglibatan eksekutif dalam proses itu tidak tepat.

Pada bulan Disember tahun lalu, Kerajaan Persekutuan mewartakan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2020 yang memungkinkan NAFAS memilih pemimpin mereka sendiri.

Peraturan baru menyatakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS perlu dipilih dalam kalangan 17 anggota itu sendiri.

Enam daripada 17 anggota dilantik oleh menteri pertanian dan industri makanan manakala selebihnya dipilih semasa mesyuarat agung tahunan organisasi.

"(Zamri) tidak dilantik tetapi dipilih berdasarkan penglibatannya dalam Pertubuhan Peladang Pahang (PASFA) dan Persatuan Pekebun Kecil Malaysia (NASH)," kata seorang sumber dengan syarat enggan menyiarkan namanya kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Zamri juga merupakan Ahli Pihak Berkuasa RISDA (2016–kini), Pengerusi Koperasi Gabungan Negeri Pahang (2014–kini), Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Jerantut (1998–kini) serta Lembaga Pengarah Risda Fleet Sdn Bhd. (2014-kini).

Selain itu, dia juga ialah Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Nasional Berhad (NARSCO) Berhad sejak 2012 sehingga kini serta Pengerusi Narsco Travel Tours Sdn Bhd (2013–kini).

NAFAS ialah badan berkanun yang berfungsi sebagai payung besar kepada 14 pertubuhan di peringkat negeri.

Antara lain, objektif NAFAS untuk meningkatkan hasil, membekalkan input dan keperluan untuk ladang, membekalkan peralatan pertanian, menyediakan kemudahan kredit, melabur dana anggota dan memproses hasil di kilang.

NAFAS memiliki sekurang-kurangnya 13 syarikat dan melapor kepada menteri pertanian dan industri makanan. #sumber



Demikianlah Artikel Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru !

Sekianlah artikel Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/abang-pm-datuk-zamri-yaakob-dipilih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Abang PM, Datuk Zamri Yaakob Dipilih Sebagai 'Pengerusi' Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Baru !"

Catat Ulasan

Loading...