Loading...

Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

Loading...
Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini
link : Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

Baca juga


Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belum ada petanda usul undi percaya akan diadakan di Parlimen setakat ini, walaupun Yang di-Pertuan Agong menitahkan Perdana Menteri baharu perlu menunjukkan beliau mendapat sokongan majoriti melalui undi percaya di Dewan Rakyat.

Beliau merujuk titah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 18 Ogos lalu yang perdana menteri baharu perlu mengadakan usul undi percaya di Dewan Rakyat “secepat mungkin” bagi menunjukkan beliau mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

Sultan Abdullah dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah menerima menghadapi ketua parti utama, termasuk UMNO, PAS, Bersatu, PKR, DAP, Amanah, Warisan dan Pejuang pada 17 Ogos lalu, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Anwar berkata, Sultan Nazrin turut menitahkan undi percaya harus menjadi “first item” ketika Parlimen bersidang semula, yang turut dipersetujui semua ketua parti.

“Ketika pertemuan dengan Agong, Agong sendiri menyebut mesti melalui proses undi percaya.

“Tetapi sampai hari ini, tiada petanda akan diadakan usul undi percaya, malah sejurus selesai pertemuan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbisik kepada saya ‘mungkin tak perlu’.

“Saya jawab ini bukan soal perlu tak perlu, ini soal keperluan dasar untuk menguruskan keabsahan kerajaan dan ini dititah oleh Agong dan dipersetujui ketua-ketua parti,” kata Anwar dalam Webinar kebersamaan UPKO dalam Perjuangan Pakatan Harapan malam tadi.

Parlimen dijadualkan bersidang semula 13 Sept ini, selepas ditunda akibat Ismail menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kes Covid-19.

Anwar berkata, dalam pertemuan PH dengan Ismail sehari sebelum kabinet baharu dibentuk, beliau bagi pihak gabungan pembangkang itu menyuarakan kerjasama mungkin berlaku, tetapi tertakluk kepada beberapa perkara dasar.

Katanya, Ismail memberi bayangan beliau seolah-olah berada dalam percaturan politik beberapa individu, termasuk bekas Perdana Menteri, Muhyiddin.

“Dia bagi bayangan seolah-olah tidak boleh buat apa-apa kerana terpaksa kekalkan (orang) yang lama.

“Jadi, ini menunjukkan dia seolah-olah duduk di situ atas percaturan politik beberapa orang, termasuk bekas PM, jadi ini bagi saya perkara besar.”

Beliau berkata, tindakan mengekalkan kebanyakan muka lama daripada kabinet terdahulu yang segelintirnya gagal menjalankan tugas dengan baik menggambarkan ia hanya untuk mengekalkan kuasa tanpa mempedulikan rakyat. #sumber



Demikianlah Artikel Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

Sekianlah artikel Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/anwar-dakwa-belum-ada-petanda-usul-undi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Dakwa "Belum Ada Petanda" Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini"

Catat Ulasan

Loading...