Loading...

Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan

Loading...
Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan
link : Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan

Baca juga


Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan

TUMPAT - Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi membuat laporan polis kerana dituduh melakukan penyelewengan dalam pentadbiran sebelum ini.

Laporan polis itu bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat tuduhan berkenaan yang didakwa cuba merosakkan nama baiknya sebagai Ahli Parlimen Tumpat serta bekas Timbalan Menteri.

Muhammad Khairul Azwan Azhan dari Tetuan Afiq Aziz & Co berkata, petang semalam anak guamnya mendapati tuduhan yang mengaitkan Che Abdullah dengan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

"Tuduhan itu dibuat menerusi satu akaun Facebook di bawah nama Kudin Tumpat yang melakukan perbuatan penyebaran fitnah dan tohmahan ke atas anak guam saya dan jentera pentadbiran kerajaan di bawah seliaan beliau.

"Laporan polis yang dibuat hari ini sebagai Laporan Maklumat Pertama, bagi tujuan pihak berkuasa memulakan penyiasatan kesalahan fitnah jenayah yang bertujuan merosakkan nama baik Che Abdullah dan jawatan yang disandangnya sebagai Ahli Parlimen serta rekod baik sebagai Timbalan Menteri," katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Tumpat di sini, hari ini.

Sementara itu, Che Abdullah dalam laporannya berkata, sepanjang tempoh pentadbirannya sebagai Timbalan Menteri II dan Ahli Parlimen Tumpat, beliau menjalankan tugas mengikut tatacara perolehan kerajaan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Negara.

"Saya menyokong ketelusan dan penyiasatan oleh pihak berkuasa penguatkuasaan berdasarkan perundangan Malaysia.

"Saya membuat laporan ini bagi menghentikan perbuatan penyebaran fitnah dan tomahan ke atas saya dan jentera pentadbiran kerajaan di bawah seliaan saya," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan

Sekianlah artikel Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/bekas-timbalan-menteri-buat-laporan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas Timbalan Menteri Buat Laporan Polis Kerana Di Tuduh Melakukan Penyelewengan"

Catat Ulasan

Loading...