Judul : Covid-19: Sebanyak 14,954 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 705 Kes
link : Covid-19: Sebanyak 14,954 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 705 Kes
Covid-19: Sebanyak 14,954 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 705 Kes
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 14,954 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,097,830 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Twitter, sebanyak 23,469 kes sembuh, membawa jumlah pesakit yang telah discaj keseluruhannya kini 1,863,922.
Seramai 1,194 pesakit berada di unit rawatan rapi, dengan 882 disahkan dijangkiti Covid-19 manakala 312 disyaki positif.
Sementara itu, 665 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 401 disahkan kes Covid-19 dan 264 selebihnya disyaki positif.
Sarawak mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,707 kes.
Ini diikuti oleh Selangor (2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259), Perak (1,222), Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207), Negeri Sembilan (144), Perlis (76), Putajaya (19), dan Labuan (0).
Noor Hisham berkata, mengenai jangkitan baharu, hanya 1.6% adalah kes kategori 3, 4 dan 5 (serius).
Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.94 dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi pada 1.08.
Ia disusuli Terengganu (1.05), Perak (1.04), Pahang (1.04), Johor (1.01), Penang (1.00), Perlis (0.98), Kelantan (0.97), Sabah (0.92), Melaka (0.91), Kedah (0.90), Negeri Sembilan (0.87), Putrajaya (0.87), Selangor (0.85), Kuala Lumpur (0.81), dan Labuan (0). #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 14,954 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 705 Kes
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 14,954 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 705 Kes dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/covid-19-sebanyak-14954-kes-positif.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 14,954 Kes Positif Baharu Di Laporkan Hari Ini, Pahang Catatkan 705 Kes"
Catat Ulasan