Judul : Covid-19: Sebanyak 18,547 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 742 Kes
link : Covid-19: Sebanyak 18,547 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 742 Kes
Covid-19: Sebanyak 18,547 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 742 Kes
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan 18,547 kes baharu Covid-19 dan 311 kematian, manakala 18,902 pesakit sembuh.
Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,880,734 kes setakat ini, dengan 1,609,930 daripadanya kes pulih dan 18,802 kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 252,002 kes aktif dengan 447 daripada 977 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,200 kes.
Ia diikuti Selangor dengan 2,407 kes, Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458), Perak (1,197), Pahang (742), Terengganu (645), Kuala Lumpur (631), Melaka (448), Negeri Sembilan (229), Putrajaya (22), Perlis (20) dan Labuan (4).
Daripada jumlah kes baharu itu, 18 ialah kes import dan baki 18,529 kes penularan tempatan membabitkan 16,264 warganegara serta 2,265 warga asing.
Hisham berkata, 18,239 daripada jumlah kes baharu itu adalah Kategori 1 dan 2, manakala 308 orang dalam Kategori 3 hingga 5 membabitkan 239 kes (77.6%) tidak ada atau tidak lengkap vaksinasi berbanding 69 kes lengkap divaksin.
Daripada 311 kematian itu, 270 ialah warganegara dan 41 warga asing, dengan semua kecuali 220 orang mempunyai sejarah penyakit lain, manakala 93 kes meninggal dunia di luar hospital.
Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.96 setakat semalam.
Sarawak mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.19, disusuli Johor (1.10), Terengganu (1.08), Perlis (1.08), Pulau Pinang (1.05), Perak (1.05), Kelantan (1.02), Sabah (1.00), Kedah (0.99), Pahang (0.98), Putrajaya (0.96), Melaka (0.89), Selangor (0.88), Kuala Lumpur (0.82) dan Negeri Sembilan (0.79). #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 18,547 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 742 Kes
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 18,547 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 742 Kes dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/covid-19-sebanyak-18547-kes-positif.html

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 18,547 Kes Positif Baharu Direkodkan Hari Ini, Pahang Catatkan 742 Kes"
Catat Ulasan