Judul : Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam 'Ops Pasar'
link : Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam 'Ops Pasar'
Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam 'Ops Pasar'
KUANTAN - Enam lelaki termasuk lima warga asing ditahan kerana berpakaian wanita dan dipercayai terbabit dengan aktiviti tidak bermoral sekitar bandar Kuantan, di sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin, berkata kesemua suspek yang berusia antara 30 hingga 35 tahun ditahan menerusi Op Pasar di sekitar lorong pasar dan Jalan Wong Ah Jang.
Beliau berkata, operasi bermula jam 3.30 petang hingga 7 malam dilakukan hasil daripada maklumat awam membabitkan perlakuan lelaki berpakaian wanita.
"Ada antara mereka melarikan ke bahagian bumbung bangunan tetapi berjaya ditahan dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
"Siasatan awal mendapati, lelaki tempatan yang ditahan mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan berpakaian wanita bagi aktiviti tidak bermoral manakala lima warga asing itu didapati tiada dokumen perjalanan yang sah.
"Mereka berpakaian menyerupai wanita dipercayai sedang menunggu pelanggan bagi aktiviti tidak bermoral di sekitar kawasan terbabit," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Operasi itu membabitkan seramai 30 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Jabatan Imigresen Malaysia Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).
Beliau berkata, kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan aib selain lima warga asing terbabit disiasat di bawah Seksyen 61(1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan yang sah serta Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal lebih masa. #sumber
Demikianlah Artikel Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam 'Ops Pasar'
Anda sekarang membaca artikel Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam 'Ops Pasar' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/enam-lelaki-termasuk-lima-warga-asing.html
0 Response to "Enam Lelaki Termasuk Lima Warga Asing Yang Berpakaian Wanita Di Tahan Dalam 'Ops Pasar'"
Catat Ulasan