Judul : Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Di Kenakan PKPD Mulai Sabtu Ini Hingga 24 September !
link : Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Di Kenakan PKPD Mulai Sabtu Ini Hingga 24 September !
Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Di Kenakan PKPD Mulai Sabtu Ini Hingga 24 September !
KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Pahang selama dua minggu bermula Sabtu ini hingga 24 September ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata lima lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD adalah dua kampung di Ranau iaitu Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman.
"Lokaliti lain yang turut dikenakan PKPD di Sabah ialah Taman Sungai Labuk, Beluran; Sekolah Henry Gurney, Keningau dan Kampung Timug, Matunggong, Kudat.
"PKPD di Pahang pula akan dilaksanakan di Kampung Kuala Koyan, MukimUlu Jelai di Lipis," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rodzi berkata, keputusan melaksanakan PKPD di kesemua lokaliti terbabit dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.
Dalam pada itu, Rodzi berkata kerajaan hari ini turut memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKPD tujuh lokaliti di Paka, Dungun, Terengganu yang sepatutnya tamat esok.
"Ia membabitkan Bandar Paka; Gong Gemia; Cacar Baru; Limbong; Kuala Paka; Taman Indah Permai dan Telaga Emas.
"Tempoh PKPD di semua lokaliti berkenaan dilanjutkan dua minggu lagi bemula Sabtu ini hingga 24 September ini," katanya.
Katanya lagi, kerajaan turut memutuskan menamatkan PKPD tiga lokaliti di Sabah, esok iaitu Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Kapakaan, Keningau dan Kampung Paris 3, Kinabatangan. #sumber
Demikianlah Artikel Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Di Kenakan PKPD Mulai Sabtu Ini Hingga 24 September !
Anda sekarang membaca artikel Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Di Kenakan PKPD Mulai Sabtu Ini Hingga 24 September ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/enam-lokaliti-di-sabah-pahang-di.html
0 Response to "Enam Lokaliti Di Sabah & Pahang Di Kenakan PKPD Mulai Sabtu Ini Hingga 24 September !"
Catat Ulasan