Judul : Jurulatih Ziyad, Faizol Harun Sedia Mengambil Tanggungjawab Sepenuhnya Atas Apa Berlaku
link : Jurulatih Ziyad, Faizol Harun Sedia Mengambil Tanggungjawab Sepenuhnya Atas Apa Berlaku
Jurulatih Ziyad, Faizol Harun Sedia Mengambil Tanggungjawab Sepenuhnya Atas Apa Berlaku
SEPANG – Jurulatih atlet paralimpik negara, Faizol Harun mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku terhadap anak didiknya, Muhammad Ziyad Zolkefli yang terlepas pingat emas bagi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
Beliau meminta tiada lagi pihak menunding jari kepada sesiapa atas apa yang berlaku pada Selasa lalu.
“Saya mohon bagi pihak yang mencari siapa yang bersalah dan tidak, saya selaku jurulatih kepada Ziyad dan dekat dengannya.
“Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku serta meminta jangan menuding jari kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
Selasa lepas, Ziyad, 31, berjaya mempertahankan pingat emas bersama rekod dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Tokyo.
Bagaimanapun, kem Ukraine dan Greece mengemukakan bantahan terhadap Ziyad dan dua lagi atlet, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio dari Ecuador kerana lewat memasuki bilik menunggu sekali gus ketiga-tiga atlet itu diklasifikasikan sebagai DNS (Do Not Start).
Tambah Faizol, mereka mendakwa tiba di pintu memasuki bilik menunggu tepat pada pukul 5.55 iaitu waktu panggilan tetapi tidak dibenarkan masuk sebelum membuat rayuan dan dibenarkan ketua pengadil. #sumber
Demikianlah Artikel Jurulatih Ziyad, Faizol Harun Sedia Mengambil Tanggungjawab Sepenuhnya Atas Apa Berlaku
Anda sekarang membaca artikel Jurulatih Ziyad, Faizol Harun Sedia Mengambil Tanggungjawab Sepenuhnya Atas Apa Berlaku dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/jurulatih-ziyad-faizol-harun-sedia.html

0 Response to "Jurulatih Ziyad, Faizol Harun Sedia Mengambil Tanggungjawab Sepenuhnya Atas Apa Berlaku"
Catat Ulasan