Loading...

Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda !

Loading...
Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda !
link : Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda !

Baca juga


Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda !

 

TEMERLOH - Seorang aktivis alam sekitar sanggup membayar ganti rugi 10 kali ganda terhadap sebuah pengurusan masjid di Padang Pauh di Perlis.

Khaidir Ahmad, 59, menawarkan diri untuk membayar RM400 berikutan pertuduhan yang dihadapi seorang tukang cuci sambilan, Nor Amira Roslan, 28, didakwa mencuri duit dalam tabung masjid terbabit sebanyak RM40 pada bulan lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar pada Khamis.

Menurutnya, ia dilakukan atas dasar kemanusiaan terutama saudara seagama selain bersimpati dengan nasib dihadapi oleh wanita berkenaan.

"Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk menggantikan wang tabung masjid RM40 yang dicuri oleh wanita ini sebanyak 10 kali ganda atau RM400 jika Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap wanita berkenaan dan memaafkannya.

"Pihak masjid boleh menghubungi atau WhatsApp saya di 013 9288 288 dengan menyertakan nombor akaun masjid bagi tujuan penggantian wang berkenaan.

"Saya juga merayu kepada sesiapa sahaja yang boleh membantu saya bagi menyampaikan mesej ini kepada pihak masjid berkenaan," katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau kesal kerana ada individu yang menyamun dan mencuri berjuta-juta ringgit tetapi kes mereka lewat didakwa dan ditangguhkan berkali-kali.

"Namun wanita ini mengambil wang dari tabung masjid cuma RM40 untuk membeli keperluan bagi meneruskan hidup terus didakwa di mahkamah dengan begitu pantas," ujarnya lagi.

Tegasnya, sepatutnya pihak masjid dan ketua kampung atau penghulu menyiasat dan beri peluang kepada wanita terbabit sebelum membuat laporan polis.

Wanita terbabit mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan diperintahkan membayar RM2,000 sebagai jaminan selain 4 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes. #sumber



Demikianlah Artikel Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda !

Sekianlah artikel Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/kes-tukang-cuci-curi-tabung-masjid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes 'Tukang Cuci' Curi Tabung Masjid, Aktivis Tawarkan Diri Sanggup Bayar 10 kali Ganda !"

Catat Ulasan

Loading...