Judul : Lantik Muhyiddin: BERSATU Boleh ‘ikat’ UMNO, Ismail Jadi PM Terkawal, Politiking Berterusan
link : Lantik Muhyiddin: BERSATU Boleh ‘ikat’ UMNO, Ismail Jadi PM Terkawal, Politiking Berterusan
Lantik Muhyiddin: BERSATU Boleh ‘ikat’ UMNO, Ismail Jadi PM Terkawal, Politiking Berterusan
PETALING JAYA - Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) boleh mengekang kebebasan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menguruskan negara, selain memperkuatkan semula Bersatu, sekali gus memberikan parti itu ruang “tawar-menawar untuk mengikat UMNO”, kata Mohd Datuk Puad Zarkashi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mempersoalkan sama ada pelantikan Muhyiddin wajar dan perlu.
“Bagaimana Muhyiddin terlantik? Apakah dia menekan Ismail. Atau Ismail lantik dengan sukarela kerana percaya Muhyiddin bukan perdana menteri gagal sebelumnya?
“Kalau dipaksa kerana syarat sokongan Bersatu, itu bermakna Ismail akan jadi perdana menteri ‘terkawal’,” kata Puad.
Beliau juga menjangka pelantikan Muhyiddin berstatus menteri akan membawa kepada MPN diberikan bidang kerja yang lebih “berautoriti,” yang akan memberi kesan kepada Ismail sendiri.
“Kalau itu dibenarkan, Ismail tidak akan ada kebebasan mengurus negara. Politiking akan berterusan. Tiada kestabilan,” kata Puad.
“Lantikan (Muhyiddin) itu juga menyelamatkan Bersatu. Parti itu kembali kuat dalam kerajaan (dan) ada ruang tawar-menawar untuk mengikat UMNO dalam agihan kerusi untuk PRU15,” katanya.
Puad berkata, imej gagal Muhyiddin selaku Perdana Menteri sebelum ini akan turut menghantui kerajaan baharu pimpinan Ismail, yang juga Naib Presiden UMNO.
“MKT UMNO sudah mengingatkan, jangan dihidupkan imej kerajaan PN (Perikatan Nasional) 2.0,” katanya membidas pengumuman kerajaan yang Jemaah menteri bersetuju melantik Muhyiddin sebagai pengerusi MPN Rabu lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Lantik Muhyiddin: BERSATU Boleh ‘ikat’ UMNO, Ismail Jadi PM Terkawal, Politiking Berterusan
Anda sekarang membaca artikel Lantik Muhyiddin: BERSATU Boleh ‘ikat’ UMNO, Ismail Jadi PM Terkawal, Politiking Berterusan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/lantik-muhyiddin-bersatu-boleh-ikat.html

0 Response to "Lantik Muhyiddin: BERSATU Boleh ‘ikat’ UMNO, Ismail Jadi PM Terkawal, Politiking Berterusan"
Catat Ulasan