Judul : Lelaki 'Larikan' Dua Beg Tangan Wanita Ketika Solat Subuh Di Masjid Jamek Pengadang Baru !
link : Lelaki 'Larikan' Dua Beg Tangan Wanita Ketika Solat Subuh Di Masjid Jamek Pengadang Baru !
Lelaki 'Larikan' Dua Beg Tangan Wanita Ketika Solat Subuh Di Masjid Jamek Pengadang Baru !
Kejadian kira-kira pukul 6.25 pagi itu disedari salah seorang mangsa berikutan kain telekungnya dipijak suspek tanpa sengaja sebelum bertindak mengejar lelaki berkenaan.
Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Asli Muhammad berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang berbaju hijau muda didapati memasuki ruangan solat wanita melalui pintu di sebelah kiri masjid.
“Dia menunggu hingga semua jemaah sujud pada rakaat terakhir sebelum mengambil beg tangan kedua-dua mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Asli berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu di luar pagar masjid.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Katanya, laporan polis dibuat seorang mangsa yang berusia 40-an dan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan kira-kira RM800. #sumber
Demikianlah Artikel Lelaki 'Larikan' Dua Beg Tangan Wanita Ketika Solat Subuh Di Masjid Jamek Pengadang Baru !
Anda sekarang membaca artikel Lelaki 'Larikan' Dua Beg Tangan Wanita Ketika Solat Subuh Di Masjid Jamek Pengadang Baru ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/lelaki-larikan-dua-beg-tangan-wanita.html
0 Response to "Lelaki 'Larikan' Dua Beg Tangan Wanita Ketika Solat Subuh Di Masjid Jamek Pengadang Baru !"
Catat Ulasan