Loading...

Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu

Loading...
Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu
link : Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu

Baca juga


Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mencadangkan supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki, direhatkan sementara waktu ketika siasatan terhadap tiga pegawai kanannya dijalankan.

Cadangan itu susulan persoalan dibangkitkan di Parlimen berhubung sebab SPRM menyiasat sendiri pegawainya yang ditangkap atas dakwaan penyelewengan terhadap wang dirampas dalam kes membabitkan bekas Ketua Pengarah Badan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

"PH menyambut baik kenyataan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, di dalam Dewan Rakyat semalam, satu kertas inkuiri polis dibuka terhadap isu ini.

"Bagaimanapun, memandangkan isu ini mewujudkan satu persepsi amat buruk terhadap SPRM serta mengakibatkan rakyat mempertikai integriti institusi itu sendiri, kami berpandangan satu kertas siasatan perlu dibuka.

"Siasatan itu perlu bersifat menyeluruh dan mereka yang melanggar undang-undang mesti dibawa ke muka pengadilan," kata Majlis Presiden PH dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Nasional (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Madius Tangau.

Mereka turut menggesa kerajaan mempertimbang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap isu membabitkan SPRM, serta mencadangkan langkah reformasi badan itu.

SPRM sebelum ini mengesahkan menangkap tiga pegawai kanannya sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap salah guna kuasa dan salah kuasa dalam kes membabitkan 'seorang bekas ketua jabatan'.

Mereka ditangkap minggu lalu kerana didakwa menyelewengkan sebahagian daripada AS$6 juta (RM25 juta) yang dirampas daripada Hasanah selepas beliau dilepas tanpa dibebaskan pada April lalu.

Hasanah dilaporkan mahu menuntut semula wang berkenaan sebelum menyedari sebahagiannya hilang dan digantikan dengan wang palsu. #sumber



Demikianlah Artikel Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu

Sekianlah artikel Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/majlis-presiden-ph-cadang-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Majlis Presiden PH Cadang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki Di Rehatkan Sementara Waktu"

Catat Ulasan

Loading...