Judul : Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi MPN, Kesinambungan Tugas Yang Dimulakan Beliau
link : Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi MPN, Kesinambungan Tugas Yang Dimulakan Beliau
Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi MPN, Kesinambungan Tugas Yang Dimulakan Beliau
KUALA LUMPUR - Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) sebagai suatu kesinambungan tugasan yang telah dimulakan bekas Perdana Menteri itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Hadi berkata, ia bersesuaian dengan pengalaman Muhyiddin dalam menangani pandemik Covid-19.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara.
“Semoga gandingan beliau bersama YAB perdana menteri mengharapkan segala usaha dan perancangan memulihkan negara berjalan lancar, demi menjamin kelangsungan hidup dan kestabilan ekonomi rakyat,” katanya di Facebook.
Semalam, Ketua Setiausaha Negar, Tan Sri Datuk Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN.
Zuki berkata, jawatan itu bertaraf menteri, dengan keputusan melantik Muhyiddin dibuat oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat Rabu lalu.
Pelantikan itu juga telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Zuki yang juga setiausaha Jemaah Menteri berkata, pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
MPN ditubuhkan Julai lalu bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19.
Ia dianggotai wakil sektor swasta, pakar industri, dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pengalaman serta nasihat dalam pelbagai aspek PPN bagi membolehkan Malaysia keluar daripada pandemik secara sistematik dan selamat. #sumber
Demikianlah Artikel Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi MPN, Kesinambungan Tugas Yang Dimulakan Beliau
Anda sekarang membaca artikel Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi MPN, Kesinambungan Tugas Yang Dimulakan Beliau dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/pelantikan-muhyiddin-sebagai-pengerusi.html
0 Response to "Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi MPN, Kesinambungan Tugas Yang Dimulakan Beliau"
Catat Ulasan