Judul : Pihak Berkuasa Rekodkan "228 Kes" Isu Logo Halal, Nilai Rampasan Mencecah RM11.6 Juta !
link : Pihak Berkuasa Rekodkan "228 Kes" Isu Logo Halal, Nilai Rampasan Mencecah RM11.6 Juta !
Pihak Berkuasa Rekodkan "228 Kes" Isu Logo Halal, Nilai Rampasan Mencecah RM11.6 Juta !
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa merekodkan 228 kes susulan aktiviti penguatkuasaan berkaitan logo halal menerusi Akta Perihal Dagangan 2011, dengan nilai rampasan menjangkau RM11.6 juta setakat Ogos lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pihaknya menjalin kerjasama bersepadu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menguatkuasakan isu halal.
Sehubungan itu, katanya, langkah strategik termasuk pemeriksaan secara berkala, operasi bersepadu dan program kesedaran dilaksanakan di seluruh negara bagi memastikan tiada pelanggaran berkaitan isu halal dalam kalangan peniaga atau operator jualan.
"Setakat Ogos lalu, kita sudah mengendalikan 228 kes berkaitan isu halal menerusi Akta Perihal Dagangan 2011, dengan nilai rampasan sebanyak RM11,616,040," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Pihak Berkuasa Rekodkan "228 Kes" Isu Logo Halal, Nilai Rampasan Mencecah RM11.6 Juta !
Anda sekarang membaca artikel Pihak Berkuasa Rekodkan "228 Kes" Isu Logo Halal, Nilai Rampasan Mencecah RM11.6 Juta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/pihak-berkuasa-rekodkan-228-kes-isu.html

0 Response to "Pihak Berkuasa Rekodkan "228 Kes" Isu Logo Halal, Nilai Rampasan Mencecah RM11.6 Juta !"
Catat Ulasan