Judul : PKPD Akan Di Laksanakan Di Kampung Paya Mengkuang Bermula Jumaat Hingga 30 Sept
link : PKPD Akan Di Laksanakan Di Kampung Paya Mengkuang Bermula Jumaat Hingga 30 Sept
PKPD Akan Di Laksanakan Di Kampung Paya Mengkuang Bermula Jumaat Hingga 30 Sept
PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Paya Mengkuang, Sanggang, Temerloh Pahang, bermula Jumaat ini sehingga 30 September.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, dalam satu kenyataan, berkata keputusan pelaksanaan PKPD itu dibuat selepas meneliti daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.
PKPD itu melibatkan sejumlah 700 penduduk perkampungan itu terdiri dari kalangan etnik Jahut, Jakun dan Semelai, ekoran kluster komuniti bermula seorang penduduk tempatan bergejala demam dan hilang deria rasa akhir bulan lepas sebelum disahkan positif Covid-19 namun telah menjangkiti 16 kes.
Perkampungan terletak 20 kilometer dari Temerloh itu pernah tular tahun lalu ekoran ketegasan para penduduk membina pagar penghadang untuk menghalang orang luar yang masuk ke situ.
Sekatan tersebut diperbuat daripada batang buluh dan pelepah kelapa itu dipasang di laluan utama masuk bagi mengelak kes penularan Covid-19 dibawa penduduk luar yang berisiko tinggi. #sumber
Demikianlah Artikel PKPD Akan Di Laksanakan Di Kampung Paya Mengkuang Bermula Jumaat Hingga 30 Sept
Anda sekarang membaca artikel PKPD Akan Di Laksanakan Di Kampung Paya Mengkuang Bermula Jumaat Hingga 30 Sept dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/pkpd-akan-di-laksanakan-di-kampung-paya.html
0 Response to "PKPD Akan Di Laksanakan Di Kampung Paya Mengkuang Bermula Jumaat Hingga 30 Sept"
Catat Ulasan