Judul : Sektor Pelancongan Di Taman Negara Kuala Tahan, Ulu Tembeling Kini Mula Kembali Aktif
link : Sektor Pelancongan Di Taman Negara Kuala Tahan, Ulu Tembeling Kini Mula Kembali Aktif
Sektor Pelancongan Di Taman Negara Kuala Tahan, Ulu Tembeling Kini Mula Kembali Aktif
JERANTUT - Sektor pelancongan di Kuala Tahan serta Ulu Tembeling, di sini yang terhenti sejak sekian lama kembali aktif apabila Pahang memasuki fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam.
Ketua Kampung Kuala Tahan, Abdul Jalil Abdul Rahman, berkata peralihan fasa tiga PPN membangkitkan semula semangat pengusaha chalet, pemandu pelancong dan pengusaha bot bagi meneruskan aktiviti pelancongan.
Menurutnya, sudah lama mereka yang terbabit dalam sektor pelancongan hilang sumber pendapatan apabila pelancong tidak boleh datang ke sini apabila penguatkuasaan PKP dilaksanakan.
Katanya, dalam tempoh berkenaan ramai dalam kalangan pengusaha chalet, pemandu pelancong dan pengusaha bot terpaksa melakukan kerja kampung bagi menampung keluarga, malah ada yang berpindah.
"Saya yakin dalam masa terdekat ini kehadiran pelancong ke Kuala Tahan akan bertambah terutama apabila Taman Negara dibuka tidak lama lagi.
"Saya menasihatkan kepada mereka yang terbabit dalam sektor pelancongan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini," katanya, hari ini.
Bagi pemandu bot pelancong, Idris Dollah, 57 berkata pendapatan hasil sewa bot terputus apabila pelancong tidak datang ke Kuala Tahan dan Ulu Tembeling.
Katanya, dia dan pengusaha bot pelancong lain di daerah ini terpaksa melakukan kerja lain termasuk menoreh getah bagi menampung keluarga.
"Saya berharap ramai pelancong dapat datang ke Kuala Tahan dan Ulu Tembeling menikmati keindahan alam semula jadi sambil menyusuri sungai menggunakan bot," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Sektor Pelancongan Di Taman Negara Kuala Tahan, Ulu Tembeling Kini Mula Kembali Aktif
Anda sekarang membaca artikel Sektor Pelancongan Di Taman Negara Kuala Tahan, Ulu Tembeling Kini Mula Kembali Aktif dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/sektor-pelancongan-di-taman-negara.html
0 Response to "Sektor Pelancongan Di Taman Negara Kuala Tahan, Ulu Tembeling Kini Mula Kembali Aktif"
Catat Ulasan