Judul : Seorang Lelaki Bersenjata "Galah Sabit" Amuk Atas Bumbung Kereta Peronda Polis Di Perak !
link : Seorang Lelaki Bersenjata "Galah Sabit" Amuk Atas Bumbung Kereta Peronda Polis Di Perak !
Seorang Lelaki Bersenjata "Galah Sabit" Amuk Atas Bumbung Kereta Peronda Polis Di Perak !
PETALING JAYA – Tular di laman sosial hari ini apabila seorang lelaki bersenjatakan sebilah sabit ‘mengamuk’ dihadapan sebuah balai polis di Gopeng, Perak pagi tadi.
Menerusi klip video yang tersebar di laman Facebook, kelihatan lelaki yang hanya berseluar jeans sedang menghayun senjatanya kepada orang ramai yang berada di kawasan sekitar.
Lebih ‘berani’, lelaki tersebut melakukan aksi itu di atas sebuah kereta peronda polis, namun tidak dapat dipastikan motif sebenar lelaki terbabit berbuat demikian.
Berdasarkan klip video yang tular itu, suspek berjaya ditahan polis dengan bantuan pihak bomba yang menyembur air ke arahnya sebelum lelaki tersebut jatuh dari bumbung kereta.
Menurut komen orang ramai di laman sosial, difahamkan lelaki tersebut kurang siuman dan ada juga yang mengaitkan suspek dengan penyalahgunaan dadah.
Kosmo! juga sedang mendapatkan butiran lanjut berkenaan kejadian daripada pihak berkuasa dan perkembangan lanjut berkaitan kejadian akan dikemaskini selepas ini. #sumber
Demikianlah Artikel Seorang Lelaki Bersenjata "Galah Sabit" Amuk Atas Bumbung Kereta Peronda Polis Di Perak !
Anda sekarang membaca artikel Seorang Lelaki Bersenjata "Galah Sabit" Amuk Atas Bumbung Kereta Peronda Polis Di Perak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/seorang-lelaki-bersenjata-galah-sabit.html
0 Response to "Seorang Lelaki Bersenjata "Galah Sabit" Amuk Atas Bumbung Kereta Peronda Polis Di Perak !"
Catat Ulasan