Judul : Seorang Penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 'Maut', MPV Bertembung Lori Di Rompin
link : Seorang Penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 'Maut', MPV Bertembung Lori Di Rompin
Seorang Penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 'Maut', MPV Bertembung Lori Di Rompin
ROMPIN - Seorang penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 118 Jalan Kuantan-Segamat, di sini, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyaksikan kenderaan jenis Toyota Avanza dipandu mangsa, Nur Amirah Syahirah Samsudin, 21, terbakar sejurus selepas mangsa tercampak keluar dari kenderaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke bandar Muadzam Shah.
"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu MPV dipercayai hilang kawalan, memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.
"Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya, di sini, hari ini.
Kamarulzaman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, siasatan awal mendapati jalan basah akibat hujan ketika kejadian dan lokasi jalan adalah berselekoh dengan sistem jalan tiga lorong dua hala. #sumber
Demikianlah Artikel Seorang Penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 'Maut', MPV Bertembung Lori Di Rompin
Anda sekarang membaca artikel Seorang Penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 'Maut', MPV Bertembung Lori Di Rompin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/seorang-penuntut-universiti-malaysia.html



0 Response to "Seorang Penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 'Maut', MPV Bertembung Lori Di Rompin"
Catat Ulasan