Loading...

Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi

Loading...
Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi
link : Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi

Baca juga


Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi

 

KUANTAN - Sri Pahang FC menamatkan rekod empat kemenangan Liga Super berturut-turut Kedah Darul Aman (KDA) FC, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Pemain pertahanan KDA FC, Mohd Loqman Hakim Marzuki menanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-87, sekali gus memusnahkan harapan Hijau Kuning membawa pulang tiga mata berharga untuk berada di kedudukan selesa, dalam perebutan gelaran naib juara liga.

KDA FC yang mengumpul 39 mata selepas 19 perlawanan kini berada di kedudukan kedua dengan kelebihan dua mata di hadapan Terengganu FC (TFC), yang mengumpul 37 mata selepas mengharungi 20 perlawanan.

Pada aksi tersebut, Amirul Hisyam Awang Kechik meletakkan pelawat di depan pada minit ke-12, menerusi rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Muhammad Daniel Wafiuddin Sa'dun, namun penyerang import Kenjok Wal Athiu menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-29.

Bekas pemain tengah kebangsaan, Mohd Syazwan Zainon kembali meletakkan KDA FC di depan pada minit ke-67 dan pada ketika seakan kemenangan berpihak pelawat, Mohd Loqman tertanduk bola ke gawang sendiri, ketika cuba mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya.

Sementara itu, Negeri Sembilan FC terus memberi tekanan kepada pendahulu Sarawak United FC dalam perebutan kejuaraan Liga Premier, selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kuching City FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Pada aksi liga yang tertunda itu, Negeri Sembilan FC bermula garang selepas membuka tirai jaringan pada minit kelima, menerusi pemain import Francis Kone sebelum berjaya mengekalkan kedudukan sehingga masa rehat.

Bersambung babak kedua, Michael Ijezie pantas menyamakan kedudukan buat Kuching City FC pada minit ke-47, namun kedudukan itu tidak bertahan lama pertahanan import Negeri Sembilan FC Arthur Cunha, meledak gol kedua pasukan pada minit ke-70 sekali gus mengesahkan kemenangan skuad The Jangs.

'Kami tunggu pengumuman rasmi AFC'
Berbaki dua perlawanan perlu ditempuh untuk melengkapkan saingan musim ini, Negeri Sembilan FC kini berada di kedudukan kedua mengumpul 35 mata selepas 18 perlawanan, dua mata dipisahkan dengan Sarawak United FC yang mengumpul 37 mata, dengan memiliki baki tiga aksi liga. #sumber



Demikianlah Artikel Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi

Sekianlah artikel Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/sri-pahang-bangkit-untuk-ikat-kda-fc.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sri Pahang Bangkit Untuk Ikat KDA FC, Berjaya Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur Malam Tadi"

Catat Ulasan

Loading...