Loading...

Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi

Loading...
Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi
link : Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi

Baca juga


Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi

 

PUTRAJAYA - Sekumpulan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengkaji semula polisi mewajibkan vaksinasi Covid-19 kepada mahasiswa dan staf bagi tujuan kemasukan secara fizikal ke kampus.

Pengerusi Malaysia Student Movement (MSM), Alif Mustaqim Shukri berkata, polisi yang ditetapkan KPT tidak mempunyai asas saintifik dan tidak berperlembagaan serta tidak beretika.

Menurutnya, tiada undang-undang bertulis yang menyuruh mahupun mewajibkan vaksin kepada sesiapa pun.

“Penekanan bahawa pilihan untuk divaksin merupakan pilihan peribadi dan faktor yang menyebabkan seseorang menjadi penyebar virus Covid-19  adalah beban virus dan bukannya status vaksinasi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Memorandum Bantahan Paksaan Vaksinasi yang diterima Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil di hadapan pintu masuk KPT.

Turut hadir kira-kira 15 wakil MSM yang mewakili 550 pelajar IPT awam dan swasta termasuk pensyarah, guru dan kakitangan yang berkhidmat dengan KPT dan Kementerian Pendidikan.

Pada 14 September lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad memaklumkan hanya pelajar, staf akademik dan staf bukan akademik yang telah mendapat suntikan dos vaksin lengkap dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin sahaja yang dibenarkan masuk ke kampus.

Perkara itu, jelasnya, adalah tertakluk kepada kapasiti IPT dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini merupakan satu langkah bagi membentuk persekitaran yang selamat dan imuniti kelompok (herd immunity) di kampus.

“Bagi pelajar yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, mereka diminta untuk menghubungi IPT masing-masing untuk penyelarasan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi

Sekianlah artikel Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/wakil-550-mahasiswa-ipt-anti-vaksin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wakil 550 Mahasiswa IPT "Anti Vaksin" Serah Memorandum Kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Minta Kaji Polis Wajib Vaksinasi"

Catat Ulasan

Loading...