Judul : Wan Rosdy: Tiada Permohonan Cadangan Bina "Taman Tema" Baharu Di Cameron Highlands !
link : Wan Rosdy: Tiada Permohonan Cadangan Bina "Taman Tema" Baharu Di Cameron Highlands !
Wan Rosdy: Tiada Permohonan Cadangan Bina "Taman Tema" Baharu Di Cameron Highlands !
KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung cadangan membina taman tema baharu di Cameron Highlands.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan yang dikatakan di atas tanah persendirian itu juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.
"Kita ada dengar cadangan itu tetapi sekadar sembang di kedai kopi, tiada permohonan rasmi yang dikemukakan mana-mana pihak.
"Jadi, kalau boleh kita jangan percaya borak (sembang) kedai kopi sebaliknya tanya punca kuasa (kerajaan Pahang) dahulu mengenai perkara ini. Jadi kita ucap terima kasih kepada pemberita kerana tanya soalan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantahan penduduk setempat dan badan bukan kerajaan (NGO) mengenai cadangan pembinaan taman tema di Cameron Highlands.
Wan Rosdy sebelum itu melakukan tinjauan pemberian vaksin Covid-19 kepada pelajar berumur 16 dan 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin pada Selasa.
Sebelum ini tular mengenai pembinaan taman tema baharu yang dikatakan bertemakan ski bernilai RM100 juta akan dibina di atas tanah seluas 24 hektar di Cameron Highlands.
Pada awal Ogos lalu, pemaju taman tema Sim Leisure Group dilaporkan berhasrat membina sebuah taman tema bernama 'ESCAPE Cameron Highlands". #sumber
Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Tiada Permohonan Cadangan Bina "Taman Tema" Baharu Di Cameron Highlands !
Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Tiada Permohonan Cadangan Bina "Taman Tema" Baharu Di Cameron Highlands ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/wan-rosdy-tiada-permohonan-cadangan.html

0 Response to "Wan Rosdy: Tiada Permohonan Cadangan Bina "Taman Tema" Baharu Di Cameron Highlands !"
Catat Ulasan