Judul : Wisma Putra Pantau Dua Rakyat Malaysia Di Hadapkan Ke Mahkamah Teluk Guantanamo !
link : Wisma Putra Pantau Dua Rakyat Malaysia Di Hadapkan Ke Mahkamah Teluk Guantanamo !
Wisma Putra Pantau Dua Rakyat Malaysia Di Hadapkan Ke Mahkamah Teluk Guantanamo !
KUANTAN - Kementerian Luar Negeri memantau perkembangan dua rakyat Malaysia yang dihadapkan di Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Teluk Guantanamo di Cuba.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Wisma Putra mengikuti perbicaraan membabitkan Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin sejak mereka dihadapkan ke mahkamah pada 30 Ogos lalu.
"Kita memantau perbicaraan itu dan meneliti segala perkembangan berkaitan dua rakyat Malaysia ini," katanya selepas menghadiri taklimat dan penyerahan cenderahati kepada petugas kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan, di sini, hari ini.
Saifuddin mengulas perkembangan dua rakyat Malaysia yang dihadapkan ke Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat berhubung insiden pengeboman mati di Bali, Indonesia, kira-kira 19 tahun lalu.
Kedua-dua suspek ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo sejak 2006 bersama seorang rakyat Indonesia, Encep Nurjaman yang turut dikenali sebagai Hambali.
Menurut Pejabat Suruhanjaya Tentera AS, tiga suspek berkenaan sepatutnya dihadapkan ke mahkamah itu pada Februari lalu, namun perbicaraan terpaksa ditangguhkan akibat COVID-19.
Mengenai bantuan yang diberikan kepada penduduk di kawasan Parlimen Indera Mahkota yang terkesan akibat pandemik COVID-19, beliau berkata, dari Mac 2020 hingga Ogos lalu, sejumlah RM1.85 juta dibelanjakan untuk membantu golongan berkenaan.
Katanya, ia membabitkan bantuan bakul makanan, barang keperluan harian, pelitup muka, pelindung muka, susu bayi, lampin pakai buang bayi serta dewasa dan cecair pensanitasi tangan. #sumber
Demikianlah Artikel Wisma Putra Pantau Dua Rakyat Malaysia Di Hadapkan Ke Mahkamah Teluk Guantanamo !
Anda sekarang membaca artikel Wisma Putra Pantau Dua Rakyat Malaysia Di Hadapkan Ke Mahkamah Teluk Guantanamo ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/09/wisma-putra-pantau-dua-rakyat-malaysia.html

0 Response to "Wisma Putra Pantau Dua Rakyat Malaysia Di Hadapkan Ke Mahkamah Teluk Guantanamo !"
Catat Ulasan