Judul : Bersatu Kini Sudah Mati, Ketua Bahagian Arau Mengesahkkan Letak Jawatan Dan Keluar Parti
link : Bersatu Kini Sudah Mati, Ketua Bahagian Arau Mengesahkkan Letak Jawatan Dan Keluar Parti
Bersatu Kini Sudah Mati, Ketua Bahagian Arau Mengesahkkan Letak Jawatan Dan Keluar Parti
KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian Bersatu Arau, Ameir Hassan mengesahkan meletakkan semua jawatan disandang dalam parti termasuk Timbalan Ketua Badan Perhubungan Perlis dan keluar daripada Bersatu berkuatkuasa 15 Oktober.
Ketika dihubungi, beliau berkata surat peletakan jawatan sudah diserahkan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin awal pagi tadi.
“Ya, saya sudah serah (surat peletakan jawatan) kepada presiden melalui setiausaha agung awal pagi tadi. Dengan ini, saya juga ingin memaklumkan bahawa saya juga bukan lagi ahli Bersatu,” katanya.
Ameir berkata, beliau melepaskan jawatan itu kerana melihat perjuangan asal Bersatu yang diasaskan pada 2016 sudah hilang identiti dan lari daripada matlamat asal.
“Perjuangan asal Bersatu sudah hilang kerana kerakusan kuasa dan jawatan ketika dipimpin Muhyiddin,” katanya.
Dalam satu surat rasmi menggunakan logo Bersatu Bahagian Arau bertarikh 15 Okt, beliau dengan nombor ahli 089 meletak jawatan berkenaan serta-merta.
“Saya membuat keputusan ini kerana parti Bersatu yang saya asaskan di Perlis sejak September 2016, yang dibina dengan segala kudrat dan pengorbanan sudah hilang identitinya dan telah terbabas jauh daripada perjuangan asal.
“Parti ini sudah menjadi alat perakus kuasa tanpa menghiraukan kedaulatan rakyat yang membawa Bersatu ke ambang kejayaan,” menurut kandungan surat itu.
Beliau berkata, Bersatu sudah mati apabila berlakunya “Langkah Sheraton”
“Perjuangan untuk masa hadapan rakyat sudah tidak lagi wujud. Maruah dan integriti sudah menjadi laungan kosong.
“Suatu ‘fraud’ ke atas rakyat yang telah memberi kepercayaan dan menaruh harapan yang begitu tinggi kepada Bersatu,” katanya dalam surat itu. #sumber
Demikianlah Artikel Bersatu Kini Sudah Mati, Ketua Bahagian Arau Mengesahkkan Letak Jawatan Dan Keluar Parti
Anda sekarang membaca artikel Bersatu Kini Sudah Mati, Ketua Bahagian Arau Mengesahkkan Letak Jawatan Dan Keluar Parti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/bersatu-kini-sudah-mati-ketua-bahagian.html
0 Response to "Bersatu Kini Sudah Mati, Ketua Bahagian Arau Mengesahkkan Letak Jawatan Dan Keluar Parti"
Catat Ulasan