Loading...

Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali !

Loading...
Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali !
link : Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali !

Baca juga


Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali !

 

KUALA LUMPUR - Dakwaan mengatakan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH), iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor, tidak lagi dijemput untuk sambutan Hari Sukan Negara 2021 adalah tidak benar sama sekali, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Ti menegaskan, KBS menjemput semua pihak untuk melibatkan diri dalam penganjuran berkenaan malah sudah mengagihkan peruntukan sebanyak RM21,000 kepada setiap negeri untuk melaksanakan program sempena Hari Sukan Negara 2021.

“Setiap daerah juga akan dapat RM8,000 sempena penganjuran Hari Sukan Negara,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Steven Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) yang mempersoalkan kebenaran dakwaan Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, Soon Lip Chee, negeri berkenaan tidak dijemput sempena sambutan Hari Sukan Negara 2021.

“Saya mahu tahu adakah benar dakwaan Pulau Pinang dan negeri pembangkang lain termasuk Negeri Sembilan dan Selangor tidak lagi dilibatkan dalam mesyuarat sempena penganjuran Hari Sukan Negara 2021? ,” soal Steven.

Ti kemudian berkata, perkara berkenaan tidak perlu dipolitikkan dan akan menyiasat dengan teliti dakwaan berkenaan.

Steven kemudian mahu Ti memberi jaminan bahawa mesyuarat Hari Sukan Negara 2021 perlu melibatkan semua Exco kerajaan negeri PH, bukan sekadar menyalurkan peruntukan.

“Kita akan siasat,” katanya tanpa memberi sebarang jaminan.

Terdahulu, Soon dalam satu kenyataan memohon penjelasan Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu kerana mendakwa kerajaan negeri itu tidak lagi dijemput untuk sambutan Hari Sukan Negara 2021.

“Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa sambutan Hari Sukan Negara yang akan diadakan pada 9 Oktober 2021 tidak lagi melibatkan kerajaan Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” katanya. #sumberhttps://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/07/dakwaan-negeri-ph-tak-dijemput-sambutan-hari-sukan-negara-tidak-benar-kata-timbalan-menteri/



Demikianlah Artikel Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali !

Sekianlah artikel Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/dakwaan-negeri-ph-tidak-di-jemput.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dakwaan Negeri PH Tidak Di Jemput Sambutan Hari Sukan Negara "Tidak Benar" Sama Sekali !"

Catat Ulasan

Loading...