Judul : Dua Pemain Badminton Negara, Ng Tze Yong & Nurshuhaini Sekadar Naib Juara Terbuka Czech
link : Dua Pemain Badminton Negara, Ng Tze Yong & Nurshuhaini Sekadar Naib Juara Terbuka Czech
Dua Pemain Badminton Negara, Ng Tze Yong & Nurshuhaini Sekadar Naib Juara Terbuka Czech
KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terlepas peluang bagi merekodkan gelaran antarabangsa ketiganya selepas tewas dalam aksi final Siri Antarabangsa Terbuka Czech di Brno, sebentar tadi.
Dalam aksi final yang berlangsung selama 83 minit itu menyaksikan bintang muda negara berusia 21 tahun berkenaan terpaksa akur apabila tunduk di tangan pemain Republik Czech, Jon Louda 21-16, 16-21, 25-27.
Tze Yong yang menghuni ranking ke-82 sebelum ini meletakkan sasaran untuk muncul juara dalam kejohanan itu bagi mengutip mata tinggi untuk melonjakkan kedudukan ranking dunianya.
Sejak menyertai skuad senior, dia sudah merekodkan dua gelaran juara iaitu di Cabaran Antarabangsa Australia Selatan 2019 dan Terbuka Poland 2021.
Kelibat Tze Yong mula mencuri tumpuan ketika saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark, minggu lalu selepas dia memberi tentangan sengit kepada pemain nombor tujuh dunia, Jonathan Christie sebelum tewas 21-14, 19-21, 16-21 ketika Malaysia tewas 0-3 di tangan Indonesia dalam aksi suku akhir.
Sementara itu, nasib sama turut dialami pemain perseorangan wanita muda negara, Siti Nurshuhaini Azman terpaksa akur dengan gelaran naib juara selepas tewas di tangan Putri Kusuma Wardani dari Indonesia 16-21, 5-21 dalam aksi final.
Bagaimanapun, kejayaan melangkah ke final adalah pencapaian terbaik buat pemain berusia 17 tahun yang tampil dengan imej berhijab itu sejak dia diberi peluang beraksi dalam kejohanan antarabangsa di peringkat senior.
Sebelum ini, dia mara ke separuh akhir saingan Antarabangsa Slovenia, Mei lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Pemain Badminton Negara, Ng Tze Yong & Nurshuhaini Sekadar Naib Juara Terbuka Czech
Anda sekarang membaca artikel Dua Pemain Badminton Negara, Ng Tze Yong & Nurshuhaini Sekadar Naib Juara Terbuka Czech dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/dua-pemain-badminton-negara-ng-tze-yong.html
0 Response to "Dua Pemain Badminton Negara, Ng Tze Yong & Nurshuhaini Sekadar Naib Juara Terbuka Czech"
Catat Ulasan