Loading...

Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO

Loading...
Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO
link : Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO

Baca juga


Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO

 

MELAKA – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron secara jelas mengakui dirinya marah kepada Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh sehingga bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Dakwa beliau, dirinya marah dengan pemimpin itu yang didakwa merosakkan imej UMNO.

“Ketua Menteri (Datuk Seri Suleiman Md Ali) adalah boneka kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau marah kepada Ketua Menteri, Idris menafikan perkara itu dan berkata beliau hanya marah kepada individu yang menjadi ‘patung’ kepada Ab Rauf.

“Saya tidak ada masalah dengan Suleiman, saya ada masalah dengan Ketua Menteri yang jadi ‘patung’ yang terpaksa merujuk keputusan kepada orang lain.

“Kita telah buat keputusan tapi keputusan itu tidak dilaksana, ini cmapur tangan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Negeri,” dakwanya.

Dalam pada itu, Idris juga mempersoalkan tindakan Ab Rauf yang mengumumkan kedudukannya dalam UMNO tergugur semalam.

Idris berkata, Ab Rauf tidak mempunyai kuasa untuk menggugurkan mana-mana ahli kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Saya tidak menerima maklum balas. Siapa itu Ab Rauf siapa dia, adakah dia presiden parti? Mungkin Pengerusi Perhubungan UMNO diberikan kuasa untuk menggugurkan taraf keahlian,” sindirnya.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang semalam bersama tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan  Suleiman.

Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan Idris bersama ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, kelmarin. #sumber



Demikianlah Artikel Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO

Sekianlah artikel Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/idris-haron-dakwa-beliau-marah-rauf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Idris Haron Dakwa Beliau Marah Rauf, Ketua Menteri Hanya Jadi Boneka Pengerusi UMNO"

Catat Ulasan

Loading...