Loading...

Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang

Loading...
Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang
link : Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang

Baca juga


Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang


MELAKA - Dua Presiden parti sudah menawarkan tiket kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Sungai Udang.

Itu kenyataan terbaharu Datuk Seri Idris Haron selepas UMNO mengesahkan pengguguran secara automatik keahliannya, bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Idris berkata, bagaimanapun, setakat ini, beliau dan Nor Azman membuat keputusan untuk kekal berstatus ‘Bebas’, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diumumkan, kelak.

“Dua presiden parti juga telah menghubungi saya, namun saya tidak perlulah menamakan mereka.

“Jadi, nampaknya, politik ini subur dalam konteks itulah. Politik subur tetapi demokrasi mandul di Melaka,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah inap desa di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.

Terdahulu, keahlian Idris dan Nor Azman tergugur secara automatik mengikut Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO, tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, Fasal 20.11 jelas menyebut, mana-mana ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas DUN atau Dewan Rakyat gugur keahlian dengan sendirinya.

Katanya, bagi Fasal 20.9 pula, seorang ahli UMNO yang cintakan parti, patuh perlembagaan tata etika ahli, dasar parti dan menghormati keputusan parti, juga kelihatan sudah dilanggar.

Dalam pada itu, Nor Azman mengakui, ada menerima pelawaan daripada komponen Pakatan Harapan (PH), namun masih membuat pertimbangan sewajarnya.

“Kami akan fikirkan, parti mana yang kami hendak pergi, kami tidak boleh duduk Bebas. Kami memang akan pilih parti untuk bertanding PRN.

“Bagi saya dan Idris, kami telah berpakat untuk mencari parti, lagi dua (Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Norhizam Hassan Baktee) saya tidak tahu,” katanya.

Nor Azman turut menitiskan air mata, menjelaskan tindakan dibuatnya, atas dasar ikhlas ingin menjaga kebajikan rakyat.

“Tindakan kami ini adalah untuk menyekat kleptokrasi dan korupsi,” jelasnya. #sumber



Demikianlah Artikel Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang

Sekianlah artikel Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/idris-haron-dakwa-dua-presiden-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Idris Haron Dakwa "Dua Presiden" Parti Tawar Tiket Kekal Tanding Kerusi DUN Sungai Udang"

Catat Ulasan

Loading...