Loading...

Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok !

Loading...
Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok !
link : Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok !

Baca juga


Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok !

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula esok.

Katanya, keputusan itu diambil selepas negara mencapai kadar 90 peratus vaksinasi bagi populasi dewasa.

"Alhamdulillah, menurut KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

"Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok," katanya dalam sidang media di sinu hari ini.

Ismail berkata, dengan keputusan ini rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya.

Namun dia mengingatkan agar rakyat tidak bersikap sambil lewa terhadap jangkitan Covid-19 dengan kelonggaran yang diberikan.

"Ini penting dalam usaha membantu negara dalam pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely.

"Jika hal ini diambil mudah, tidak mustahil penularan wabak Covid-19 ini akan kembali meningkat.

"Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus Covid-19," jelasnya.

Selain itu Ismail yang juga anggota Parlimen Bera berkata, kebenaran rentas negeri bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap sambil lewa.

Jelasnya, walaupun tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, tetapi SJR bagi mengawal jenayah dan keselamatan masih diteruskan.

"Pemeriksaan secara rawak akan tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Saya juga ingin menegaskan, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," tambahnya. #sumber




Demikianlah Artikel Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok !

Sekianlah artikel Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/kerajaan-benarkan-perjalanan-rentas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Kepada Penerima Vaksin Lengkap Mulai Esok !"

Catat Ulasan

Loading...