Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram
link : Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penerokaan tanah secara haram di negeri ini.

Pasukan khas di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu disertai 20 anggota berusia di bawah 35 tahun.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui pasukan itu, aktiviti penguatkuasaan ke atas kawasan yang diteroka haram di negeri ini dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Menurutnya, usaha membendung kegiatan penerokaan tanah secara haram negeri ini agak sukar dan ia terus berlaku hingga mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri.

"Kegiatan itu terus berlaku dan memberikan gambaran seolah-olah kerajaan negeri gagal membendungnya.

"Melalui pasukan khas yang terlatih ini, kami berharap kes penerokaan tanah secara haram dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Kursus Pasukan Khas Elit Penguat Kuasa Negeri Pahang di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Galing di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak; Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner, Hassan Basri Ahmad Safar.

Wan Rosdy berkata, anggaran implikasi kewangan bagi penubuhan pasukan itu mencecah RM2.9 juta setahun termasuk bayaran emolumen, keperluan pejabat, aset dan kelengkapan diri anggota.

"Peruntukan ini agak tinggi namun ia bukti komitmen tinggi kerajaan negeri dalam menangani kes penerokaan tanah secara haram di negeri ini," katanya.

Mengulas berhubung pasukan tersebut, beliau berkata, 20 anggota pasukan yang terpilih itu bukan bekas anggota mana-mana pasukan keselamatan, namun mereka diberikan latihan intensif menerusi kursus selama sebulan.

"Pemegang diploma ini perlu melepasi saringan kecergasan, ujian fizikal, tapisan keselamatan, tapisan insolvensi dan ujian personaliti sebelum dipilih menjalani latihan.

"Mereka juga wajib melepasi latihan asas kepolisan merangkumi latihan fizikal, latihan penggunaan senjata api dan latihan lain yang diperlukan," katanya.

Wan Rosdy berkata, pasukan itu diumpamakan sebagai 'pasukan komando' dan peranannya tidak bertindih dengan UPNP," katanya.

Tambah beliau, anggota pasukan itu juga diberi kuasa memegang dan menggunakan senjata api. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/kerajaan-negeri-pahang-menubuhkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Menubuhkan Pasukan Khas Tangani Penerokaan Tanah Secara Haram"

Catat Ulasan

Loading...