Loading...

Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram !

Loading...
Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram !
link : Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram !

Baca juga


Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram !

 

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang menafikan terdapat perlantikan sebuah syarikat bagi melaksanakan program pemutihan terhadap tanah yang diteroka secara haram seperti tular dalam media sosial, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini, tiada mana-mana pihak yang berjumpa dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan kebenaran tersebut.

“Perkara ini sangat menyedihkan kerana mereka (syarikat terbabit) telah menggunakan nama kerajaan negeri walhal perkara ini tidak benar langsung malah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat.

“Jadi, mereka (mangsa) yang pernah berurusan mungkin antara yang terpedaya dan tertipu… terpulang kepada mereka sama ada mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

“Bagi pihak yang telah membuat bayaran saya ingin nyatakan di sini bahawa setakat hari ini memang perkara tersebut tidak benar sama sekali,” katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Majlis Hari Sukan Negara peringkat Negeri Pahang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Rosday berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan penasihat undang-undang negeri sekali gus mengambil tindakan jika perkara tersebut benar berlaku.

“Sebarang keputusan tentang kerja-kerja pemutihan melalui pelbagai proses dan penelitian. Terlebih dahulu ia mesti dibawa ke mesyuarat di peringkat kerajaan negeri sebelum diambil tindakan susulan,” katanya.

Sejak semalam, tular dakwaan kewujudan sebuah syarikat kononnya dipengerusikan seorang kerabat diraja yang mendakwa diberi mandat oleh kerajaan negeri Pahang bagi melaksanakan program pemutihan tanah yang diteroka secara haram.

Selain itu, syarikat itu juga berperanan sebagai perantara antara kerajaan negeri dan peneroka untuk menguruskan tanah terbabit.

Syarikat yang didakwa beralamat di Kuantan itu juga didakwa ada menghantar surat kepada pejabat tanah di Pahang menyatakan hasrat menjalin kerjasama bagi program pemutihan tersebut. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram !

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/kerajaan-pahang-tidak-pernah-lantik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Tidak Pernah Lantik Syarikat Untuk Buat Program Pemutihan Tanah Haram !"

Catat Ulasan

Loading...