Loading...

Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan

Loading...
Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan
link : Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan

Baca juga


Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan

MELAKA - UMNO tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan berhubung kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata parti itu masih mengumpulkan maklum balas daripada banyak pihak, termasuk kepemimpinan UMNO pada semua peringkat sebelum membuat keputusan.

Seterusnya, beliau berkata, maklum balas berkenaan akan diperhalusi pada mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dijangka diadakan selepas pengumuman berkaitan PRN Melaka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

"Kita membincangkan semua perkara pada mesyuarat MKT, malam tadi, namun belum membuat keputusan (mengenai kerjasama dengan PN).

"Kita juga mendapatkan maklum balas dan pandangan sebelum membuat keputusan.

"Tiada keperluan mendesak untuk membuat keputusan itu, dan kita juga tidak boleh mendahului SPR yang akan menentukan sama ada PRN boleh diadakan atau sebaliknya.

"Jika SPR menentukan pilihan raya itu boleh diadakan dan tarikh sudah diumumkan, kita akan membuat keputusan mengenai kerjasama berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, di sini, hari ini.

Pada lawatan itu, Ahmad turut menyertai Program Ziarah Kasih yang dianjurkan UMNO Bahagian Kota Melaka, di beberapa kediaman penduduk.

Yang turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa; Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abd Razak Abd Rahman; dan Timbalannya, Datuk Ibrahim Fadzil.

Dalam pada itu, Ahmad memaklumkan, kunjungannya ke Melaka adalah untuk meninjau persiapan menghadapi PRN.

Beliau berkata, beberapa lagi siri kunjungan akan dilakukan oleh pucuk kepemimpinan parti, termasuk lawatan ke kawasan DUN oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Selasa dan Khamis depan. #sumber



Demikianlah Artikel Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan

Sekianlah artikel Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/kerjasama-dengan-perikatan-nasional.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerjasama Dengan 'Perikatan Nasional', UMNO Tidak Mahu Terburu-Buru Membuat Keputusan"

Catat Ulasan

Loading...