Loading...

Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap

Loading...
Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap
link : Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap

Baca juga


Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap

 

BENTONG – Masalah kesesakan luar biasa di bandar Bentong setiap kali musim cuti dan perayaan bakal berakhir selepas siapnya fasa terbaharu laluan lebuh raya Central Spine Road (CSR) dari Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ke Lebu di sini.

Penggunaan laluan baharu itu menyaksikan pengguna jalan raya yang dalam perjalanan ke arah Raub termasuklah yang dalam perjalanan ke Kelantan tidak perlu lagi memasuki bandar Bentong.

Pengguna jalan raya perlu memasuki laluan CSR berkenaan daripada persimpangan Lebuh Raya KLK sebelum keluar di persimpangan Lebu untuk meneruskan perjalanan melalui Jalan Bentong-Raub.

Laluan CSR Bentong Bypass-Lebu yang telah siap dan bakal dibuka Khamis depan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laluan lebuh raya empat lorong dua hala sejauh 28.5 kilometer itu dijadual dibuka pada Khamis depan selepas majlis perasmian diadakan.

“CSR kawasan ini ialah sebahagian daripada sub pakej 5C iaitu dari Kampung Asap ke Kampung Sertik dan sub pakej 5D iaitu melibatkan Bentong Bypass dengan jarak sejauh 28.5 kilometer.

“Saya bangga kerana projek CSR bernilai keseluruhan kira-kira RM8.7 bilion ini tercetus dan dilaksanakan sejak Kerajaan Persekutuan di bawah teraju Barisan Nasional (BN) lagi,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lebuh Raya CSR merupakan projek lebuh raya dari Simpang Pelangai, Pahang sehingga Kuala Krai Kelantan sejauh 350 kilometer yang dimulakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan dijangka siap sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Menurut Wan Rosdy keseluruhan projek CSR yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 akan memberikan impak besar kepada masyarakat termasuklah pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

Katanya, ia sudah tentu akan dapat memendekkan masa dan mempercepatkan perjalanan serta memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

“Selain itu ia bakal meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti ke kawasan-kawasan terbabit,” ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap

Sekianlah artikel Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/kesesakan-luar-biasa-setiap-kali-musim.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kesesakan Luar Biasa Setiap Kali Musim Cuti Di Bentong Bakal Berakhir Selepad CSR Siap"

Catat Ulasan

Loading...