Loading...

Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka

Loading...
Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka
link : Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka

Baca juga


Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka

MELAKA - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan meminta orang ramai tidak serkap jarang dalam isu pasir yang hangat diperkatakan membabitkan beberapa pemimpin politik negeri ini.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang membuat siasatan terperinci mengenai isu itu, dan tuduhan tidak seharusnya dilemparkan selagi perkara tersebut belum disahkan kebenarannya.

Katanya, ia tidak boleh dilihat sebagai satu persepsi atau serkap jarang kerana sedang diperhalusi pihak berkuasa.

“Kadang-kadang orang nak buat tuduhan pasal isu pasir serta buat pelbagai persepsi, tetapi persepsi itu ada cerita-cerita disebaliknya yang tidak semestinya negatif.

“Kita ada peraturan dan undang-undang serta prosedur yang perlu dilalui sebelum apa-apa juga tuduhan itu disahihkan kepada individu terlibat.

“Sudah tentu ia akan mengambil masa yang agak panjang, jadi biarlah pihak-pihak berkaitan itu mencari maklumat dan menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Telok Mas di sini.

Sebelum ini, media melaporkan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mendakwa, terdapat pemimpin UMNO Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan persekutuan berkaitan royalti pasir.

Disebabkan perkara itu, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka bagi menyelamatkan UMNO daripada ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dalam pada itu, Ahmad ketika mengulas lanjut memberi contoh laporan “Pandora Papers”, dikaitkan dengan Presiden UMNO Melaka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya memiliki akaun simpanan di British Virgin Island (BVI) yang turut menimbulkan persepsi.

Katanya, Zahid telah menjelaskan sebanyak dua kali di Dewan Rakyat bahawa, ketika akaun berkenaan dibuka pada 1993, beliau belum menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk atau memegang sebarang jawatan penting dalam parti.

Sebaliknya, Ahmad menjelaskan, Zahid ketika itu berkhidmat dalam sektor korporat dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat yang tersenarai dan telah menutup akaun tersebut pada 1994.

“Kadang-kadang persepsi dan realiti itu sangat berbeza seperti apa yang terjadi terhadap saya yang digelar sebagai kluster mahkamah.

“Sedangkan kes saya belum dibuktikan sebagai duit haram selepas menerima dana politik daripada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013,” katanya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 29 Sept lalu daripada dua pertuduhan selepas membayar kompaun bernilai RM1.1 juta. #sumber



Demikianlah Artikel Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka

Sekianlah artikel Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/orang-ramai-di-minta-tidak-serkap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Orang Ramai Di Minta Tidak "Serkap Jarang" Di Dalam Isu Pasir Babit Pemimpin Politik Melaka"

Catat Ulasan

Loading...