Judul : Pembinaan 'Tapak Pelupusan Kekal (PDF)' Sisa Radioaktif Kilang Lynas Kini Masih Lagi Dinilai
link : Pembinaan 'Tapak Pelupusan Kekal (PDF)' Sisa Radioaktif Kilang Lynas Kini Masih Lagi Dinilai
Pembinaan 'Tapak Pelupusan Kekal (PDF)' Sisa Radioaktif Kilang Lynas Kini Masih Lagi Dinilai
KUALA LUMPUR - Pembinaan tapak pelupusan kekal (PDF) sisa radioaktif di kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) dijangka dapat dilaksanakan selepas kelulusan diperoleh dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bulan depan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sehingga kini tapak yang dikenal pasti bagi pembinaan kemudahan itu adalah di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan yang sedang melalui proses penilaian sebelum diberi kelulusan pembinaan.
Beliau berkata, pemindahan sisa radioaktif itu boleh disegerakan dengan mempercepatkan pembinaan kemudahan PDF.
"Sebelum kelulusan pembinaan, LPTA mensyaratkan dua aspek penilaian utama dipatuhi iaitu Penilaian Impak Radioaktif (RIA) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
"Penilaian RIA dan EIA sudah dihantar ke LPTA dan JAS pada September lalu dan bulan depan keputusan akan dibuat," katanya pasa sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Tack (PH-Bentong) sama ada LPTA masih berpendirian bahawa sisa radioaktif yang terkumpul di kilang Lynas perlu dipindahkan segera.
Pada masa sama, Dr Adham berkata, penilaian awal RIA mendapati PDF di Gebeng itu diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko rendah dan tapaknya dinaikkan setinggi lima meter dari paras laut bagi mengelak kejadian banjir. #sumber
Orang ramai boleh semak laporan EIA tapak pelupusan Lynas
Demikianlah Artikel Pembinaan 'Tapak Pelupusan Kekal (PDF)' Sisa Radioaktif Kilang Lynas Kini Masih Lagi Dinilai
Anda sekarang membaca artikel Pembinaan 'Tapak Pelupusan Kekal (PDF)' Sisa Radioaktif Kilang Lynas Kini Masih Lagi Dinilai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/pembinaan-tapak-pelupusan-kekal-pdf.html
0 Response to "Pembinaan 'Tapak Pelupusan Kekal (PDF)' Sisa Radioaktif Kilang Lynas Kini Masih Lagi Dinilai"
Catat Ulasan