Loading...

Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain

Loading...
Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain
link : Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain

Baca juga


Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain

 

KOTA BHARU - Kerajaan menafikan mempunyai hubung kait dengan pengeluaran arak jenama tempatan iaitu Timah sebagaimana tular di laman-laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.

"Perusahaan sebegitu (minuman keras) memang wujud dalam negara kita, tetapi bukan kerajaan yang keluarkan minuman itu.

"Bukan usaha kerajaan, tetapi inisiatif pihak lain, tiada pun campur tangan kerajaan dalam perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan pek makanan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Bangunan Tabung Haji (TH) Kelantan pada Sabtu.

Beliau berkata kepada pemberita selepas diminta mengulas isu arak jenama Timah yang dikatakan produk keluaran negara ini dan tular di laman-laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, Pas yang merupakan sebahagian daripada kerajaan sentiasa bertegas dan konsisten membantah penjualan minuman keras di negara ini.
Beliau berkata, perkara itu selari dengan asas perjuangan Pas sejak dahulu lagi.
Menurutnya, Pas sedia menjadikan Kelantan sebagai model dalam mengawal penjualan minuman itu.

"Orang bukan Islam nak minum arak dan jual arak dalam kalangan mereka (bukan Islam) boleh tetapi dalam kapasiti yang melihat kepada berapa jumlah keperluan itu.
"Tidak perlu dibesar-besarkan kedai arak kerana jumlah orang bukan Islam di Kelantan tidak ramai, jadi kedai pun kecil, begitu juga dengan lesen yang dihadkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, sebanyak RM36 juta telah disalurkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu sehingga kini.

Katanya, peruntukan melalui barangan keperluan, wang tunai dan pek makanan itu membabitkan lebih 100,000 penerima di seluruh negara.

"Ini adalah sebahagian usaha TH untuk lebih turun ke bawah kerana pendeposit (TH) pun majoritinya dalam kalangan mereka yang tidak berdaya atau dhuafa dan sangat sesuai untuk kita kembalikan semula sebahagian ini untuk meringankan beban mereka," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain

Sekianlah artikel Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/pengeluaran-arak-jenama-timah-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengeluaran Arak Jenama 'Timah' Bukan Hasil Produk Kerajaan, Ia Adalah Inisiatif Pihak Lain"

Catat Ulasan

Loading...