Judul : Pilihan Raya Negeri Melaka, Parti Amanah Negara (Amanah) Sasar Bertanding 10 Kerusi
link : Pilihan Raya Negeri Melaka, Parti Amanah Negara (Amanah) Sasar Bertanding 10 Kerusi
Pilihan Raya Negeri Melaka, Parti Amanah Negara (Amanah) Sasar Bertanding 10 Kerusi
PETALING JAYA: Amanah menyasarkan untuk bertanding lapan hingga 10 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Asmuni Awi, berkata jumlah kali ini bertambah berbanding hanya enam kerusi daripada 28 kerusi dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Katanya, jentera pilihan raya Amanah akan digerakkan ke kawasan tumpuan yang ditandingi parti itu pada PRN Melaka nanti.
“Kita telah buat persiapan awal dengan mengaktifkan jentera pilihan raya terutama di peringkat negeri dahulu.
“Saya sendiri telah turun ke Melaka sejurus pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk melihat persiapan dan memberikan panduan kepada jentera pilihan raya peringkat negeri.
“Alhamdulillah, persiapan kami berada di ‘top gear’. Insya-Allah selepas ini jentera operasi nasional akan turun ke Melaka untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Pada PRU14, Amanah menang dua kerusi daripada enam yang dipertandingkan. Kedua-dua kerusi itu ialah Durian Tunggal dan Bukit Katil. #sumber
Demikianlah Artikel Pilihan Raya Negeri Melaka, Parti Amanah Negara (Amanah) Sasar Bertanding 10 Kerusi
Anda sekarang membaca artikel Pilihan Raya Negeri Melaka, Parti Amanah Negara (Amanah) Sasar Bertanding 10 Kerusi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/pilihan-raya-negeri-melaka-parti-amanah.html
0 Response to "Pilihan Raya Negeri Melaka, Parti Amanah Negara (Amanah) Sasar Bertanding 10 Kerusi"
Catat Ulasan