Judul : Pilihan Raya Umum Ke-15: Parti Bersatu Sedia 'Bertembung' Jika UMNO Tidak Ubah Pendirian
link : Pilihan Raya Umum Ke-15: Parti Bersatu Sedia 'Bertembung' Jika UMNO Tidak Ubah Pendirian
Pilihan Raya Umum Ke-15: Parti Bersatu Sedia 'Bertembung' Jika UMNO Tidak Ubah Pendirian
KOTA KINABALU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia untuk bertembung dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada cara lain untuk mengelak pertembungan itu memandangkan UMNO membuat keputusan untuk tidak mahu bersama-sama parti itu sebagai gabungan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.
Bagaimanapun katanya, Bersatu mempunyai strategi dan cara tersendiri untuk mendekati rakyat berdasarkan pengalaman yang dimiliki.
"Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perhimpunan Agung UMNO sudah buat keputusan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu. Secara asasnya mereka akan berlawan dengan kita (pada PRU15).
"Bersatu sudah ada pendirian, kalau UMNO tidak mengubah keputusan itu... kalau kita terpaksa bertembung dalam PRU15, kita tiada cara lain untuk mengelakkannya. Itulah realiti politik," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama barisan pemimpin Bersatu di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Semalam, Ahmad Zahid, sekali lagi mengumumkan bahawa UMNO akan mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang parti itu menangi pada pilihan raya umum yang lalu.
Dalam perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata,keputusan itu seperti yang diputuskan secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tahun lalu.
Mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan rakan gabungan PN di Sabah bagi berdepan PRU15, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menyerahkan kepada perbincangan antara parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). #sumber
Demikianlah Artikel Pilihan Raya Umum Ke-15: Parti Bersatu Sedia 'Bertembung' Jika UMNO Tidak Ubah Pendirian
Anda sekarang membaca artikel Pilihan Raya Umum Ke-15: Parti Bersatu Sedia 'Bertembung' Jika UMNO Tidak Ubah Pendirian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/pilihan-raya-umum-ke-15-parti-bersatu.html
0 Response to "Pilihan Raya Umum Ke-15: Parti Bersatu Sedia 'Bertembung' Jika UMNO Tidak Ubah Pendirian"
Catat Ulasan