Loading...

Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 !

Loading...
Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 !
link : Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 !

Baca juga


Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 !

KUANTAN - Polis Pahang akan melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM563,000 iaitu barang kes melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pahang bagi tempoh 2008 hingga 2021.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dadah yang dimusnahkan adalah heroin seberat 6.07 kilogram (kg), methamphetamine (2.61 kg), kanabis (869.09 gram), ketamin (94.54 gram) dan nimetazepam (256.31 gram), dadah jenis yaba (51.82 gram),ekstasy (7.93 gram), air ketum (13,779 liter) serta daun ketum (70.5 kg).

"Pelupusan barang kes ini dijadualkan dilaksanakan pada Khamis oleh kontraktor bertauliah di sebuah pusat pelupusan di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan," katanya dalam sidang akhbar sempena pelupusan barang kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, pada Rabu.

Hadir sama timbalannya, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Mohd Azam Ab Razak.

Ramli berkata, dadah dilupuskan melibatkan barang kes bagi kes- yang telah selesai dari seluruh daerah.

Katanya, sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 320 tangkapan dilakukan dalam Ops Sarang atau Ops Jihad Dadah yang dilaksanakan di seluruh negeri.

"Daripada jumlah itu, sembilan tangkapan membabitkan kesalahan mengedar di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952, Seksyen 39A(2) (enam tangkapan), 

Seksyen 39A(1) (31 tangkapan) dan Seksyen 12(2) (34 tangkapan).

"Selain itu, kes tangkapan tersebut melibatkan kesalahan di Bawah Seksyen 6 ADB 1952 dengan dua tangkapan, Seksyen 30 Akta Racun 1952 (8 tangkapan),Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (227 tangkapan) dan Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ( tiga tangkapan)," katanya. #sumber




Demikianlah Artikel Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 !

Sekianlah artikel Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/10/polis-pahang-akan-melupuskan-berbagai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah (Barang Kes) Bernilai Lebih RM563,000 !"

Catat Ulasan

Loading...